Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih di atas kesudian anda untuk terus bersama senimengait.com.
Jika anda adalah seorang pemula yang ingin belajar mengait, jangan putus asa di dalam mencari ilmu. Pada awalnya memang agak sukar tetapi dengan adanya praktis yang berterusan, insya Allah, anda pasti terkejut melihat hasil pertama yang anda berjaya kait 🙂
Sepanjang menjadi tutor/instructor kepada pemula, ada pelbagai tips mengait sama ada crochet ataupun knitting yang saya kongsikan pada pelajar dan seboleh-bolehnya saya akan tunjukkan teknik-teknik yang memudahkan mereka sepanjang proses mengait itu. Selain itu, jenis-jenis benang yang bersesuaian untuk projek-projek yang ingin dikait juga menjadi sebahagian pekara penting yang biasanya saya akan jelaskan pada pelajar-pelajar saya agar tidak berlaku kesilapan ataupun kesalahan dalam menghasilkan projek yang diinginkan.
Disini, ingin saya kongsikan hasil tulisan dari web blog Yarn Obsession yang sangat bermanfaat. Antara apa yang ditulis di dalam blog ini adalah pekara-perkara yang kerap saya sampaikan sewaktu sesi kelas mengait. Di harap, pemula/beginner akan menjadikan seni mengait ini sebagai hobi yang tidak dapat dipisahkan dari hidup mereka 🙂
Selamat mengait!
BACA:
11 THINGS YOU SHOULD KNOW AS A BEGINNER CROCHETER