As promise, hari ni nak buat review sikit. Actually semalam dah buat siap. Panjang lagi tu. Sekali connection gone time nak post. Semua hilang. Sedihnya 🙁
—
Welcome Denise to our family 🙂 Memang dah agak, kali pertama lihat Denise mmg akan jatuh cinta pada Denise. Walaupun ADDi tetap superior untuk para knitter yang inginkan adventure, tetapi Denise adalah set yang meyeronokkan dan selesa digunakan. Berikut adalah review saya tentang ADDi Clicks Extra Long Tips Interchangeable vs Denise Interchangeable.
Jarum Plastik vs Metal (Nickle Plated)
Denise: Material Denise diperbuat daripada plastik, feel seakan-akan rubber di mana jarumnya boleh membengkok seperi getah. Permukaannya walaupun bukan metal tetapi masih selesa dan smooth ketika mengait. Tidak tersangkut-sangkut ketika mengait pada bahagian badan jarum. Sebab saya jenis yang suka mengait laju, nampaknya Denise adalah pilihan yang tepat. Berbanding Knitpro, saya lebih selesa menggunakan Denise. Untuk ini saya bagi 4 stars!
ADDi CELT: Material ADDi yang sememangnya terkenal dengan Nickle Plated pada jarum adalah kelebihan utama pada ADDi. Surface yang sangat licin memudahkan knitter untuk mengait laju tanpa tersekat-sekat ataupun tersangkut. Saya boleh mengait dengan sangat laju menggunakan ADDi berbanding Denise. Yang ini saya bagi 5 stars!
Badan jarum & tips:
Denise mempunyai badan jarum yang lebih pendek berbanding ADDi. Keadaan ini tidak mengganggu. Mulanya saya ingat pjg jarum adalah lebih kurang ADDi tetapi meleset sama sekali. Walaupun begitu saya masih selesa memegang mungkin juga tangan saya tidak begitu besar. Kalau tangan jenis yang besar mungkin akan merasa kurang selesa. Tips Denise lebih pendek berbanding ADDi dan kurang tajam. Oleh itu untuk mengait lace yang terlalu banyak mungkin akan melambatkan perjalanan dan sedikit terganggu. Untuk ini saya bagi 4 stars.
ADDi mempunyai badan jarum yang panjang. Disebabkan extra panjang ini, stitches meluncur dengan lebih selesa dari cord berbanding Denise. Jika pada Denise saya terpaksa menyorong stitches daripada cord diseb0bakan badannya yang pendek, ni sedikit menganggu. Kerana apa? akan saya terangkan pada bahagian cord. Tetapi untuk ADDi kerana badan dia sedikit panjang, maka tidak perlu saya sorongkan stitch daripada cord, Sangat memudahkan kerja jika ingat kait laju dan cepat. Lagi2 dengan tips yang panjang, ADDi CELT adalah jarum yang menjadi pilihan para Lace knitter. Sangat memudahkan kerja mengait lace 🙂 Untuk ini saya bagi 5 stars!
CORD:
Kelebihan Denise ialah Denise mempunyai cord dari pelbagai saiz, pada set ni saya ada 5 size walaupun yang paling panjang adalah 19″ sahaja. Tetapi dengan kehadiran dua connector, anda boleh pelbagaikan panjang cord yang anda mahu mengikut panjang yang diinginkan. Bonus, Denise mempunyai cord pjg 17″ yang boleh digunakan untuk membuat topi 😀 Hooray! saya suka sangat sebab badan jarum Denise yang pendek mmg sesuai digunakan dengan cord 17″ berbanding ADDi yang berbadan panjang. ADDI juga mempunyai cord sepanjang 16″ tetapi saya tidak berani membelinya disebabkan badan ADDi yang panjang, saya mmg sudah terbayang-bayang kesukaran mengait dengan cord yang pendek 🙁
Cord denise diperbuat daripada plastik ini tidak begitu friendly stitch. Yang ni mmg mengecewakan sedikit kerana stitch akan berkumpul di bahagian yang sama dan untuk menolaknya ke jarum mmg menggunakan tenaga, menyebabkan cord akan meliang liuk dengan mudah. Hal ini disebabkan kerana saiz cord sama dengan saiz jarum. Menyebabkan stitch tidak dapat meluncur dengan baik. keseluruhannya, saya bagi 3 stars untuk friendly stitch dan 5 stars untuk panjang cord! (Sebab saya suka cord 17 inci itu 😛 )
Untuk ADDi, cord yang diperbuat daripada dawai dan pvc, serta lebih halus seperti tebal benang sport lebih friendly stitch. Stitch meluncur dengan lebih laju di atas cord dan memudahkan saya untuk menolak stitches ke jarum tanpa rasa stress 🙂 Sememangnya cord ADDi antara yang terbaik juga pernah saya cuba berbanding cord yang lain. Walaupun begitu, cord ADDi hadir pada 3 panjang yang standard iaitu 24″, 32″ dan 40″. Jikalau hendak mengait topi, anda perlu menggunakan teknik magic loop. Disebabkan badan yang panjang mmg agak sukar mengenakan cord yang pendek. Seperti Denise, ADDi juga boleh dipanjangkan lagi cord dengan menggunakan connector. Untuk friendly stitch saya bagi 5 stars dan 3.5 stars untuk panjang cord.
Locking Connection:
Denise dan ADDI kedua2nya mempunyai konsep Locking Connection yang sama. ADDi menggunakan spring manakalah Denise menggunakan konsep seperti pen mekanikal. Kedua2nya anda hanya perlu masuk dan pusing, selepas itu kedua2nya akan terkunci rapat. Pada mulanya untuk Denise sedikit sukar untuk dibuka semula tetapi apabila anda sudah tahu tekniknya, sebenarnya ia sangat mudah! Untuk locking connection ini, saya bagi Addi dan Denise kedua2nya 5 stars 🙂
Price:
Seperti yang kita sedia maklum, ADDi adalah jarum termahal di antara jarum2 yang lain. Bak kata knitters, ADDi adalah hasil “engineer Germany”. Maka kita pasti sudah tahu kualiti barang dari German adalah sesuatu yang tidak perlu dipertikaikan lagi 🙂 Maka harganya yang mencecah RM500.00 adalah setanding dengan kualiti. Good long term investment. Untuk price saya bagi 4.5 stars.
Denise juga adalah salah satu brand yang sudah lama di USA dan mempunyai peminat sendiri. Price yang bersesuai dengan material dan kualiti, dalam range RM360 , lebih economy menjadi pilihan para knitter yang ingin mendapatkan set interchangeable dengan harga mampu-milik. Untuk ini saya bagi 5 stars.
Projek menggunakan ADDi dan Denise:
Setakat ini saya belum mencuba Denise pada benang2 jenis cotton/bamboo. Tetapi melihatkan surface yang smooth pada jarum Denise rasanya mengait benang cotton/bamboo tidak akan bermasalah seperti jarum2 plastik biasa yang kadang kala sangat kesat dan menyukarkan untuk mengait. ADDi mempunyai kelebihan di mana hampir kesemua jenis benang sangat sesuai dikait pada ADDi. Bagi saya, ADDI tidak memilih benang. Denise setakat ni belum try lagi. Jadi saya bagi 4 stars dan ADDi 5 stars 🙂
Alright. Sudah selesai membuat review. Kepada yang berminat untuk mendapatkan DENISE bolehlah hubungi Pinkyfrog Lar. Sekarang tengah harga promosi tu 🙂 Insya Allah, jika ada rezeki, kami akan cuba membawa jarum ini di kedai nanti. Untuk ADDi, boleh juga hubungi kami untuk pembelian secara pre order.
REVIEW DIBUAT tidak melibatkan sebarang bayaran dari mana-mana pihak. REVIEW yang dibuat adalah sekadar pendapat saya sebagai seorang knitter dan peminat jarum interchangeable.
Semoga anda bijak memilih jarum yang terbaik untuk anda! 🙂
Review 16.12.14 oleh Ery EROGLU. Happy Knitting! <3
One day, mmg nak beli jg jarum2 kait & crochet yg fabulous mcm set jarum Addi ni. 😀