Ambil benang. Kait kait kait. Jadilah coaster comel untuk mug saya. Anda anda mug kesayangan? Atau en.suami atau orang yang tersayang ada mug kesayangan?
Mari.. cikgu nak ajar mcm mana kait coaster comel mcm dalam gambar ni. Pattern kat bawah ya:
Cg pakai saiz 3.50 mm dengan benang kait Nako Pirlanta. Anda boleh kait guna benang yang ada. Seboleh2nya saiz DK worsted.
Nota:
1. Arahan di bawah untuk 1 kelopak. Ulang x 5 kali untuk dapat 5 kelopak mcm di gambar
2. Setiap arahan untuk setiap stitches. Tanda noktah disetiap arahan mewakili 1 stitch. Contohnya: 2dc.2dc. bermaksud 2dc dalam 1 st. 2dc dalam 1 st seterusnya.
Ch4.
Slip stitch untuk form ring.
Round 1: 10 Dc.ss.
Round 2: (2 dc warna A. 2dc warna B) ulang () sampai habis round. ss
Round 3. : [(2dc.2dc) warna A . (dc.dc) warna B] ulang [] sampai habis round. ss
Round 4 : [(2dc.dc.dc.2dc) warna A. (dc.dc) warna B] ulang [] sampai habis round. ss
Round 5: [(2dc.dc.2dc.2dc.dc.2dc) warna A. (dc.dc) warna B] ulang [] sampai habis round. ss
Roudnd 6: [(2sc.sc.sc.sc.2sc.2sc.sc.sc.sc.2sc) – (sc.sc) ] ulang sampai habis guna warna A atau B (1 warna sahaja). ss
ch. chain
dc. double crochet
sc. single crochet
ss. slip stitch
Gunting tali lebihan. Kemaskan. siap 😉 Selamat mencuba.