Belajar Membaca Diagram/Chart/Instruction(bentuk arahan) Pattern Crochet

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada para pengunjung Senimengait.Com,

Alhamdulillah, di pagi ini, saya berkesempatan untuk membuat artikel baru bagi tatapan para peminat mengait mahupun pemula ataupun yang sudah lama berkecimpung di dalam bidang ini. Pasti banyak di kalangan anda yang masih belum mempunyai kemahiran membaca pattern kerana menganggap ianya susah, memeningkan dan membingungkan. Sebenarnya, jika anda cuba dari yang mudah, insya Allah, pasti boleh!

Jangan sesekali mengalah ๐Ÿ™‚ kerana anda pasti tidak menyangka bahawa manusia ini sebenarnya mempunyai kebolehan yang luar biasa jika keinginannya sudah mencapai tahap “maksimum dan optimum”tatkala kita ini menginginkan sesuatu. Pada waktu inilah anda akan berjaya belajar dengan baik. Ingat kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan, disitu ada jalan dan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ๐Ÿ˜‰ Jadi jangan tunggu lama-lama. Mulakan saat ini!

Dan insya Allah, mudah-mudahan artikel ini membantu.

Baiklah, mari kita memulakan pembelajaran kita pada pagi ini.

Beberapa bulan yang lalu, saya sudah pernah kongsikan cara membaca Diagram/Chart Pattern Crochet : http://www.senimengait.com/membaca-crochet-diagramchart/. Kali ini pula, mari kita lihat dengan lebih DETAIL untuk topik ini.

Jika anda adalah pemula, pastikan anda sudah tahu jenis-jenis mata kaitan dan maksud-maksud simbol mata kaitan atau ABBREVIATIONS pada diagram/chart/arahan tersebut. Kebiasannya, simbol-simbol yang digunakan pada crochet selalunya adalah simbol yang diadaptasi dari Buku Jepun. Namun begitu, sesetengah negara tidak mempunyai simbol yang sama. Maka, anda perlu lihat PETUNJUK yang diberikan oleh arahan pattern bagi melihat maksud setiap simbol yang diberi. Disini, saya akan menggunakan simbol-simbol yang lebih familiar di kalangan pengait Crochet.

Mari kita lihat proses belajar ini secara langkah demi langkah.

Bahagian A: Mengenali simbol-simbol mata kaitan/Abbreviations pada Pattern Crochet

Anda boleh DOWNLOAD “sheet” ini di: http://dabblesandbabbles.com/crochet-symbols-directions-chart/

part1

part2

(Terima kasih kepada Dabblesanbabbles.Com kerana untuk rujukan yang comel ini/Thank you to Dabblesandbabbles.Com for this cute reference)

Apabila anda perhatikan rujukan di atas, anda perlu ingat dan hafal maksud setiap simbol & A.T di atas. Simbol-simbol dan arahan di ini adalah yang biasa digunakan di dalam pattern-pattern crochet. Sila rujuk pada pattern untuk melihat maksud simbol atau arahan tambahan.

Bahagian B: Mengenali jenis-jenis diagram/chart Crochet yang Biasa ditemui dalam Pattern Crochet.

Jika anda rajin “mengoogle”, anda pasti akan jumpa pelbagai jenis pattern diagram yang berlainan bentuk. Ada yang bulat, ada yang empat segi, ada yang baris-demi baris dan ada yang berbentuk segitiga. Apa yang anda perlu tahu, jika

Pattern Berbentu Bulat:

feature-read-crochet-chart-tutorial

  1. Bacaannya bermula dari tengah dan keluar (jika melihat pada gambar di atas, arahan bermula dari simbol berwarna HITAM dan berakhir pada simbol berwarna HIJAU)
  2. Bacaan diagram berbentuk bulat adalah seperti melihat ARAH LAWAN JAM. Jika kebiasaannya kita melihat jam dari nombor 1 – 12, untuk pattern diagram berbentuk bulat, kita membaca simbol-simbolnya dari 12 – 1.
  3. Kebiasaan pattern berbentuk bulat ini digunakan dalam pattern seperti mengait topi, mengait doily, granny pattern dan apa-apa yang dikait secara – in the round -.
  4. Jika anda perhatikan, pada- simbol berwarna HITAM : terdapat Chain dan Slip Stitch
    – simbol berwarna BIRU: terdapat Chain, Single Crochet dan Slip Stitch
    – simbol berwarna MERAH: terdapat Chain, Double Crochet dan Slip Stitch
    – simbol berwarna HIJAU: terdapat Chain, Double Crochet dan Slip Stitch
  5. LATIHAN: Bolehkah anda cuba tukarkan diagram ini kepada bentuk arahan? Jom ambil pensil dan kertas. Mari cuba latihan mudah ini!

Pattern Berbentuk Empat Segi:

granny square stitch diagram

  1. Bacaannya juga bermula dari tengah dan keluar (jika melihat pada gambar di atas, arahan bermula dari simbol berwarna HITAM dan berakhir pada simbol berwarna HITAM)
  2. Bacaan diagram berbentuk empat segi ini sama juga seperti bulat, adalah seperti melihat ARAH LAWAN JAM.
  3. Kebiasaan pattern berbentuk empat segi ini digunakan dalam pattern seperti mengait bag, selimut dan pelbagai lagi. Secara asasnya, pattern berbentuk seperti diagram di atas ini dipanggil sebagai PATTERN GRANNY SQUARE.
  4. Bolehkah anda namakan setiap simbol yang terdapat pada diagram ini dan tukarkan arahannya kepada bentuk penulisan? Jika anda berjaya melakukannya untuk diagram bulat di atas, yang ini pasti lebih mudah ๐Ÿ˜‰

Pattern Berbentuk Baris-Demi-Baris:

Untitled

Apabila dilihat bentuk diagram di atas ini pula, walaupun bentuknya tidak sama tetapi pattern diagram jenis ini kita akan kait secara Baris Demi Baris. Biasanya baris demi baris ini dikait “Front & Back”. Maksudnya, apabila sudah selesai kait baris pertama, kita akan teruskan mengait baris kedua secara bertingkat.

Cara membaca pattern diagaram Baris Demi Baris ini adalah seperti berikut:

  1. Bermula dari kiri (kebiasannya akan dimulakan dengan membuat CHAIN terlebih dahulu)
  2. Setelah sampai ke penghujung baris, kita akan mengait ke arah kanan pula untuk baris kedua. Apabila telah sampai ke penghujung baris lagi, kaitan akan diteruskan ke arah kiri semula. Lihat VIDEO TUTORIAL ini untuk melihat gambaran yang lebih jelas: https://www.youtube.com/watch?v=FGemgS1ldwg

Cara Memasukkan STITCH ketika mengait.

Apabila kita mengait menggunakan pattern yang bersimbol, anda hendaklah pastikan bahawa kaitan anda itu benar-benar masuk ke dalam lubang stitch yang betul dan kiraannya juga betul. Contohnya, jika anda mulakan dengan Chain 10, dan ingin menghasilkan 10 STITCHES menggunakan DOUBLE CROCHET pada baris seterusnya, anda akan masukkan kaitan itu menjadi 9 Double Crochet + CHAIN 3 pada setiap 10 Chain ini supaya bilangan nombornya tetap sama iaitu 10 STITCHES.

Oh! Pasti anda agak terkejut melihat saya tidak tulis 10 Double crochet tetapi 9 DC+ CH 3 pada baris seterusnya, kan? Sebabnya, kebiasaannya,

Ketika hendak naik baris, pada awal baris, kita akan mulakan dengan CHAIN 1 (untuk SC), CHAIN 2 (untuk HDC), CHAIN 3 (untuk DC), CHAIN 4 (untuk TRC) dan begitulah seterusnya.

Bagaimana? Adakah anda boleh gambarkan maksud ayat ini? Insya Allah, cara terbaik untuk memahami ialah LAKUKAN. Sambil membaca, sambil cuba kait dan perlahan-lahan hadamkan ๐Ÿ™‚

Bahagian C: Membaca Pattern Crochet berbentuk arahan (word instructions).

Berbeza dari diagram, pattern berbentuk arahan bertulis selalunya ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Namun, persamaan pattern bertulis dan diagram pada crochet ialah arah kaitan adalah tetap sama iaitu bermula dari kiri ke kanan, kanan ke kiri dan begitu juga jika berbentuk bulat, arah kaitan juga adalah mengikut lawan jam.

Berikut adalah contoh sebahagian pattern crochet bertulis:

Level (Tahap kesusahan): Advanced beginner, EASY
SIZE (Saiz hasil kait): 0-6 months old
Yarn suggested (Benang yang dicadangkan): 
 Anyย Worsted / 10 ply (9 wpi) โ€“ I am using Nako Luks Minnos. (if you use different weight, please make sure you check your gauge first). Yardage: 382 yards (350 meters)
Unit weight (Berat benang): 100 grams (3.53 ounces)
Gauge (Gauge ataupun ukuran tension - PENTING JIKA MAHU KAIT IKUT SAIZ YANG DIKEHENDAKI): 19.0 sts = 4 inches for 4.00mm size of crochet hook. I am using 3.50 mm crochet hook for this pattern.
Hook size (Saiz hook yang dicadangkan): 3.50 mm
Scissor to cut yarn (Asesori tambahan)
Abbreviations (Singkatan bagi jenis mata kaitan yang digunakan di dalam pattern ini):
Chโ€“ Chain
Dc โ€“ Double Crochet
Hdc โ€“ Half double crochet
Scย  โ€“ Single crochet
ss - Slip stitch
Sts โ€“ stitches
tbl - thru back loop
Note (NOTA - Wajib di baca kerana penulis pattern akan menekankan perkara penting di bahagian NOTA): 
1) V- stitch = (Dc, Ch1, Dc)
2) Shell = 3dc in V-st
TIPS:
You can match this sweet bonnet with my Ballerina baby booties here: http://www.ravelry.com/patterns/library/ballerina-baby-booties
--
Instructions (Fully USA Crochet TERMS).
BONNET:
Ch 16 (bermaksud, anda perlu membuat 16 chains di awal projek)
Round 1: Ch1,ย  hdc in 3rd ch, hdc in next 14 sts, 3hdc in next sts, DO NOT TURN, continue making hdc in next 14 ch.
Round 2: Ch3, TURN, dcย  tbl in next 13 sts, 2dc tbl in next 3 sts, dc tbl in next 14 sts.
Round 3: Ch3, TURN, dc in next 13 sts, 2dc in next 2 sts, dc in next 2 sts, 2 dc in next 2 sts, dc in next 14 sts.
Round 4: Ch3, TURN, dc in next 13 sts, 2dc in next 3 sts, dc in next 4 sts, 2 dc in next 3 sts, dc in next 14 sts.

Dalam arahan di atas, kita boleh tafsirkan maksud Round 1 adalah seperti berikut:

Round 1: Ch1,ย  hdc in 3rd ch, hdc in next 14 sts, 3hdc in next sts, DO NOT TURN, continue making hdc in next 14 ch.
* Round 1: Buat Ch 1, HDC pada chain yang ke-3, HDC pada 14 sts seterusnya - bermaksud, kait sebanyak 1 HDC 1 lubang sehingga mencapai 14 HDC -,
3 HDC pada st seterusnya - bermaksud, buat HDC sebanyak 3 kali dalam satu lubang st yang seterusnya - DO NOT TURN (jangan pusing),
sambung kait HDC pada 14 sts seterusnya *

Bolehkah anda fahamkan dan terangkan maksud ROUND 2- ROUND 4 pula?

Alhamdulillah, akhirnya tiba juga saya di penghujung artikel. Semoga artikel pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di dalam proses belajar membaca pattern bertulis/diagram dengan lebih baik. Jangan risau jika anda silap membaca. Jadikan kesilapan itu sebagai satu kunci untuk anda terus mencuba tanpa berputus asa ๐Ÿ™‚ Jadikan mengait sebagai satu HOBi dan sebagai ubat “STRESS” anda, namun jangan biarkan crochet men”STRESS”kan anda! Take a break jika anda berasa penat. Sehingga berjumpa lagi di artikel yang akan datang!

Selamat mengait,

Ery EROGLU
www.senimengait.com
Penulis buku VARiASi ASAS KNiTTiNG

Related Post

One Reply to “Belajar Membaca Diagram/Chart/Instruction(bentuk arahan) Pattern Crochet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.