Buku Pertama Saya: Variasi Asas Knitting (Belajar Mengait Jarum Dua)

hjkhjkhjk 11058311_683926928397496_2998426340289124856_n

Alhamdulillah,
Segala puji-pujian hanya untuk Dia, Allah swt, yang mengizinkan saya menghasilkan karya ini. Pertama kali dalam hidup, sungguh indah rasanya melihat cover book buku saya yang pertama. Syukur kerana Allah swt mempermudahkan segala urusan penghasilan buku ini bersama editor saya yang lemah lembut orangnya dan sabar menjawab pertanyaan-pertanyaan saya walaupun hanya bersua di dalam email sahaja, iaitu, Puan Noor Shawati dari Krangkraf.

Buku ini adalah buku belajar mengait ASAS KNITTING di mana saya berharap, anda yang ingin mempelajari seni mengait jarum dua akan dapat manfaatnya dari buku ini, insya Allah. Dengan penuh kasih sayang, saya menulis dan berdoa semoga mereka yang menggunakan buku ini bukan sahaja dapat menjadikan knitting sebagai hobi tetapi juga sebagai salah satu sumber mencari rezeki dan menambah pendapatan. Insya Allah.

Knitting bukanlah seni mengait yang susah. Berkat usaha dan praktik yang berterusan, saya yakin anda mampu menguasai seni mengait KNITTING dalam tempoh yang singkat. Minat dan kesungguhan adalah kunci utama dalam mempelajari seni mengait yang sebenarnya merupakan antara seni tangan yang tertua di dunia.

Buku ini juga saya hasilkan dengan tujuan untuk mengubah persespi orang kita bahawa mengait hanya untuk mereka yang tinggal di negara 4 musim. Oh tidak semestinya! 🙂 Berbanding crochet, knitting menghasilkan tekstur yang lebih lembut, nipis (tidak tebal), tension yang lebih cantik terutamanya dalam menghasilkan pakaian kait yang boleh dipakai bukan sahaja pada 4 musim tetapi juga di negara yang hanya mempunyai hujan dan panas sahaja <3 Menarik bukan? Anda boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan kait dengan seni mengait knitting ini seperti selimut, stokin, baju, topi, pakaian bayi, summer top, scarf, homeware, accessories dan pelbagai lagi! Tidak terhad.

Saya berdoa dan berharap semoga tuan-tuan, puan-puan, encik dan cik, adik-adik manis yang membeli buku ini akan dapat sesuatu yang baik dari buku ini. Insya Allah. Jika anda mempunyai masalah ketika menghasilkan pattern-pattern saya di dalam buku ini, jangan segan-segan untuk dapatkan bantuan di www.facebook.com/daknit ataupun boleh hubungi saya di sales@daknit.com. Insya Allah, mana-mana yang boleh saya terangkan, saya akan cuba terangkan.

Apa pun, semoga Allah swt sentiasa menghadiahkan kita dengan ilmu yang tidak pernah putus. Mudah-mudahan!

P/S: terima kasih juga buat sahabat FB saya, Pn. Norhasimah yang sudi membantu saya mengait baju yang comel untuk buku ini 🙂 (Gaun yang Comel)

Ery EROGLU
www.senimengait.com

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.