Bismillahirrahmanirrahim…

Hi semua.. apa khabar? Bagaimana awak hari ini? (favourite soalan suami saya.. hihihi) Alhamdulillah.. hari ini saya berkesempatan untuk membuat satu entri yang menarik!

Pada 2 Minggu yang lalu.. dengan izin Allah swt, saya berkesempatan untuk menemu bual seorang penulis buku crochet Siri Jahitan Crochet 1 dan juga seorang ahli kraf yang sangat comel dan happy go lucky! iaitu Puan Lina A.RΒ  juga dikenali sebagai Pinkyfrogshop πŸ˜€

Review buku: Saya telah dihadiahkan buku ini oleh Puan Lina A.R pada tahun lalu (Terima kasih Puan :)) Secara kesimpulannya, buku ini adalah buku yang sangat sesuai digunakan bagi mereka yang baru dan ingin berjinak-jinak dengan dunia crochet (jarum kait satu). Penerangan di dalam buku ini sangat ringkas tetapi padat dengan isi dan langkah yang teratur. Gambar-gambar yang terdapat di dalam buku ini sangat menarik dan anda pasti tidak akan kecewa memiliki buku ini sebagai buku rujukan anda. Saya sangat suka cara penyampaian beliau yang santai, ringkas dan senang. Sesetengah buku menggunakan istilah Bahasa Melayu yang sukar difahami namun, bagi buku Puan Lina A.R, beliau menggunakan istilah yang senang dan kebanyakkan istilahnya adalah istilah di dalam Bahasa Inggeris, di mana, kebanyakkan paten-paten yang terdapat di internet juga menggunakan istilah Bahasa Inggeris. Maka ini memudahkan mereka yang ingin belajar crochet dapat menguasai istilah-istilah tersebut melalui penyampaian beliau yang mudah difahami dan juga memberi peluang kepada ahli-ahli crochet yang baru untuk mencuba paten-paten hasil dari seberang laut.

Selain dari itu, Puan Lina A.R juga telah berjaya membuka sebuah kelas mengait online yang saya rasakan sungguh menarik dan sangat memberikan manfaat kepada mereka yang ingin belajar secara “live” berbanding melihat pada buku ataupun video di youtube.com.

Berbalik kepada temu bual kami hari tu, saya telah pun di ajak oleh Puan Lina A.R sendiri untuk “Hang Out” bersama di G+ (G plus) sebuah platform baru google. Sesungguhnya pengalaman bersama beliau dalam masa beberapa jam itu sungguh seronok. Saya telah diberi demo oleh Puan Lina A.R bagaimana beliau mengadakan kelas secara online kepada pelajarnya. Oh saya memang sangat teruja dengan cara penyampaian beliau yang santai dan menyeronokkan. Gambar video yang terang dan penjelasan dengan suara yang jelas, memudahkan saya untuk memahami setiap gerak langkah yang ditunjukkan pada saya. InsyaAllah, saya pasti, anda pasti gembira dan tidak kecewa dengan pembelajaran secara online bersama Puan Lina A.R πŸ™‚

Hang Out bersama Si Comel Pinkyfrog Real@Puan Lina A.R

Jum lihat temu bual bersama Puan Lina A.R

1. Boleh ceritakan sedikit tentang siapakah Puan Lina A.R?

IT Tech, Web Programmer, Wife, Mom, Author – Jahitan Crochet di PTS Publisher, PR- Wildcats Rugby Club-Johor, Miow lover, Kawaii Geek & full time Blogger.

2. Siapakah yang memberikan inspirasi kepada Puan Lina A.R untuk memulakan crochet?

Saya mendapat inspirasi daripada kecomelan penghasilan crochet itu sendiri. Dan ia merupakan cabaran pada diri sendiri bagi menghasilkan DIY yang boleh saya kongsikan bersama anak saya dan pastinya crochet merupakan hobi yang menyeronokkan. Selain itu saya juga peminat karaktor superhero & kartun di mana saya dapat mengekspresskannya secara freeform melalui crochet.

3. Selain daripada menerbitkan buku bersiri belajar crochet, Puan juga telah berjaya membuka sebuah kelas online untuk mereka yang ingin belajar crochet secara one-to-one, boleh Puan terangkan kepada pembaca mengenai kelas online ini dan apakah jenis platform yang digunakan?

Pinkyfrogshop G+Hangout Online Crochet Class secara online ini merupakan pembelajaran secara alternatif yang saya dapat kongsikan kepada mereka yang masih mencari-cari DIY yang boleh dipelajari dan semestinya menyeronokkan. Ia juga merupakan kelas flexible dan boleh dicapai terus bila-bila dan di mana sahaja tidak kira lelaki atau wanita dan tiada tempoh ditetapkan.

Untuk itu saya menggunakan platform G+ di mana saya merasakan antara platform sosial terbaik di waktu ini. Saya mensasarkaan projek G+ hangout saya ini kepada remaja dan juga individu yangΒ  masih mencari DIY projek yang seronok untuk dilakukan bersama-sama. Pembelajaran adalah dalam bentuk santai. Pelajar menetapkan waktu kelas dan tempoh masa sendiri samada di waktu siang / malam. Pembelajaran pula ialah melalui video atas talian.Β  Masa kelas sebenar akan di maklumkan selepasΒ  perbincangan mendapat tarikh dan waktu yang ditetapkan.

4. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk kelas online Puan Lina dan apakah kelebihan kelas online in kepada pelajari?

Buat masa ini saya hanya berkongsi ilmu untuk Kategori BEGINNER:

30 minit pertama ialah PERCUMA, kemudian setiap 30 minit seterusnya ialah RM6.00

Bagi pelajar yang masih tiada kit mengait crochet, saya juga ada menyediakan KIT yang boleh di beli secara online, dengan kadar harga yang berpatutan.
Pelajar secara umumnya boleh menghubungi saya secara terus dan bertanya secara informal kepada saya walaupun setelah sesi tamat kerana kelas ini merupakan secara santai dan tidak terikat kepada waktu.

5. Siapakah yang memberikan inspirasi kepada Puan Lina untuk membuka kelas online ini?

Untuk melakukan sesuatu perkara di dalam hidup, saya sentiasa cuba mencari alternatif. Saya bermula dengan modal sebatang jarum dan sebuku benang serta segenggam azam. Pinkyfrogshop G+Hangout Online Crochet Class ini merupakan dari inspirasi pengalaman saya sendiri di mana di awal saya ingin mempelajari kemahiran mengait ini saya menghadapi saat-saat sukar. Dengan ada nya kelas G+ ini merupakan sesuatu yang ingin saya berikan kembali kepada society Malaysia.

Β 6. Apakah matlamat dan objektif Puan mengajar online?

– Pinkyfrogshop G+Hangout Online Crochet ClassΒ  adalah untuk menanam minat rakyat Malaysia untuk melakukan DIY sendiri dan menambah keyakinan diri di dalam setiap penghasilan.
– Mewujudkan individu Malaysia berfikiran kreatif & inovatif dalam penghasilan kraf crochet dan lakukan nya dengan gembira.

– Menjalinkan perkongsian ilmu kraf crochet dan memberi impak positif kepada society crochet di Malaysia.

– Menjadikan kelas ini sebagai langkah alternatif untuk individu mempelajari kraf crochet secara atas talian.

7. Akhir sekali, apakah harapan Puan Lina kepada mereka yang ingin memulakan pembelajaran seni kait jarum satu dengan puan secara online?

Kepada mereka yang telah SUBSCRIBE saya ucapkan ribuan terima kasih kerana ingin berkongsi pengalaman, berkongsi keseronokan dan minat bersama saya. Semoga ilmu ini dapat di manfaatkan sepenuhnya.

Kepada yang masih mencari, jangan lupa hubungi saya di G+ di Crochet Lina A.R. Saya akan memastikan anda akan merasa keseronokan nya mempelajari crochet dan menghasilkan projek yang anda rasakan mustahil sebelum ini untuk anda lakukan. Di akhir bicara, saya mengharapkan lebih ramai individu Malaysia dapat mengekspresskan kreativiti mereka melalui penciptaan kraf.

Terima kasih kepada Da’knit di atas kesudian meluangkan waktu untuk Hangout bersama Pinkyfrogshop di G+. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat kepada semua pencinta Kraf Malaysia.

Da’Knit juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Lina A.R di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk Hang Out bersama Da’Knit πŸ™‚

Kepada sesiapa yang ingin berhubung dengan beliau, bolehlah singga ke blog beliau di,

http://pinkyfrogshop.blogspot.com

ataupuan berhubung dengan beliau terus di FB page:

http://www.facebook.com/pages/Pinkyfrogshop/164447506025

Happy crocheting! πŸ™‚