Assalamualaikum everyone! 🙂
Kali ini.. akhirnya, alhamdulillah, fingerless cable mitten (right hand) sudahpun siap … proses mengait level intermediate.. tetapi rasanya beginner pun boleh buat!
Pattern ni saya perolehi dari sebuah laman dari internet ..ndak ingat pula di mana huhu.. tapi saya akan cuba sertakan gambar yang saya kait untuk melihat cara mengait pattern ni.. really I thank you to the designer of this pattern, I love this cable fingerless mitt! Namun saya ada ubah sedikit pada akhir kait.. untuk nampakkan ianya lebih cantik ..
Untuk mengait ni.. jarum yang digunakan adalah 4 batang jarum DPNs atau teman juga boleh gunakan jarum circular needle saiz 80cm.. Saiz yang digunakan adalah jarum 4.00 mm… disini.. saya menggunakan jarum DPNs .. saya akan terus buat tutorial sekali untuk sesiapa yang ingin mencuba pattern ni 🙂
Ok, mari start! Materials: 4 batang jarum DPNS saiz 4.00mm/circular needle 4.00mm x 80 cm, stitch marker, cable needle, dan benang DK Weight Yarn.. saya menggunakan benang Gonca yang sama seperti Knit Top. CARA MENGAIT MENGGUNAKAN JARUM DPNs KLIK SINI
1. Untuk bahagian seperti gambar di atas, kita perlu CAST ON sebanyak 36 sts. Lepas tu kena bahagikan kepada 3 batang jarum DPNs tadi. Jarum 1: 9 sts, Jarum 2: 9 sts dan Jarum 3: 18 sts
(Bagi yang circular.. bahagikan kepada dua jarum menjadi 18sts-18sts)
2. Kemudian, dengan menggunakan jarum yang ke-4, buat RIB 3×3 bermula dari JARUM 1 sebanyak 10 rows secara knit-in-the round.
Inilah dia 3 x 3 Rib Pattern untuk bahagian bawah Mitten ini.
3. Setelah siap kait 3 x 3 Rib sebanyak 10 rows.. kemudian, kaitan ditukar kepada KNIT sebanyak 4 rows (maksudnya.. bila mula kait row baru setelah row yang ke-10, mulakan kaitan pada row 11 dengan KNIT sahaja sehingga 4 rows)
4. Setelah itu.. kita akan mulakan Cable Pattern apabila 4 rows tadi siap.. ok, so macam ni..
Cable Pattern:
Row 1: Knit 21, Purl 2, Pindahkan 4 sts ke jarum cable dan letakkan di bahagian hadapan, kemudian KNIT 4 sts seterusnya, dan kemudian KNIT semula sts yang ada pada jarum cable tadi, Purl 2, Knit 3. (KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK LIHAT DENGAN JELAS)
Dan kemudian kaitan akan jadi macam ni…
Then… bila sudah habis buat part ni… teruskan kaitan dengan ROW 2-8 yang seterusnya seperti ini: Knit 21, Purl 2, Knit 8, Purl 2, Knit 3.
Ulang semula Cable Pattern ni ROW 1 (cable pattern ) – ROW 8 sekali lagi.. kemudian kita akan buat THUMB HOLE.
Untuk THUMB HOLE, setelah siap kait ROW 8 tadi.. kita akan mulakan ROW SETERUSNYA dengan ROW CABLE PATTERN sahaja…untuk THUMB HOLE. Maksudnya..
THUMB HOLE:
ROW 1: Knit 21, Purl 2, Pindahkan 4 sts ke jarum cable dan letakkan di bahagian hadapan, kemudian KNIT 4 sts seterusnya, dan kemudian KNIT semula sts yang ada pada jarum cable tadi, Purl 2, Knit 3
ROW 2: KNIT 3, letakkan marker, Make One (M1 – blh guna M1R ataupun M1L)**, letakkan marker, Knit 18, Purl 2, Knit 8, Purl 2, Knit 3
** MAKE ONE: Menambah satu mata kaitan baru.. untuk menambah satu stitch baru.. gambar dibawah adalah rujukan.
Make One Right (M1R):
Make One Left (M1L):
Nampak ndak? Kita kena Knit dari belakang untuk M1L (Make One Left) ok?
So… Bila sudah tahu macam mana mahu kait M1R dan M1L.. jum teruskan dengan ROW seterusnya..
ROW 3: Knit 22 (jangan buang marker dulu.. pindahkan marker pd jarum seperti biasa), Purl 2, Knit 8, Purl 2, Knit 3
ROW 4: Knit 3, pindahkan marker, M1R, Knit 1, M1 L, pindah marker, K18, Purl 2, Knit 8, Purl 2, Knit 3
ROW 5: Knit 24 (jangan buang marker lagi… pindahkan marker pd jarum seperti biasa), Purl 2, Knit 8, Purl 2 Knit 3
ROW 6: Knit 3, pindahkan marker, M1R, Knit 3, M1 L, pindah marker, K18, Purl 2, Knit 8, Purl 2, Knit 3
ROW 7: Knit 26 (belum buang marker lagi… pindahkan marker pd jarum seperti biasa), Purl 2, Knit 8, Purl 2, Knit 3
ROW 8: Knit 3, pindahkan marker, M1R, Knit 5, M1 L, pindah marker, K18, Purl 2, Knit 8, Purl 2, Knit 3
ULANG SEMULA ROW 1, LOMPAT TERUS ke ROW 4-8.. (selepas ROW 8, kita sudah ada 11 sts diantara marker.. kira jangan ndak kira ok?) kemudian…
ROW seterusnya (ulang ROW ini 2 kali): Knit 3, buang marker.. pindahkan 11 sts tadi ke jarum lain ataupun stitch holder dan biarkan.. Knit 18, Purl 2, Knit 8 Purl 2, Knit 3..
Gambar dibawah sebagai rujukan:
guna stitch holder untuk hold 11 sts tadi…
Kemudian BIND OFF semua mata kaitan kecuali yang ada pada STITCH HOLDER jangan kacau! Untuk BIND OFF.. boleh lihat disini… BIND OFF/CAST OFF TUTORIAL.
Sekarang ni.. STEP AKHIR! WAHH.. panjang betul tutorial ni kan? huhu…
sekarang ni buat THUMB:
1. PINDAHKAN 11 sts tadi semula ke jarum dan bahagikan kepada dua jarum. Tambahkan 4 sts lagi sehingga semua stitches menjadi 15 STITCHES seperti gambar di bawah..
Untuk TAMBAH 4 sts tadi.. kita guna teknik dipanggil PICKING UP STS.. boleh tgk tutorial ni… HOW TO PICK UP STS
Lepas sudah ada 15 sts pada jarum.. KNIT guna jarum ketiga sebanyak 5 ROWS dan kemudian BIND OFF! (senang kan? hehe…)
Waaaahhhh… siap sudah Fingerless Mitten anda.. tapi yang ini untuk RIGHT HAND ya… LEFT HAND nanti buat lagi…
So.. macam mana rupanya bila siap?
TADA! 😀 hihihihi… boleh siap dalam masa 3-4 jam kalau tiada berhenti.. sebenarnya untuk yang ini.. sebelum bind off.. saya tambahkan lagi 8 ROWS untuk membentuk seed stitch.. supaya nampak lebih panjang sikit.. kalau anda mahu panjang lagi.. boleh tambah ROWS sepanjang yang anda mahu dan kemudian BIND OFF.
Siapa model saya ni?
Yay.. this is my Lil Sis Hand again hahaha.. thx for being my model again and again Sis! 🙂
inilah rupanya… panjang betul tutorial kali ini.. but still.. I hope semua yang ingin mencuba pattern ni faham dengan instruction saya ya! Cubalah!
Thanks to the designer of this pattern again for such beautiful cable fingerless mitten.. lain kali buat left mitten lagi 😛
Thanks for hopping by and alhamdulillah because Allah swt give me a chance to write this looooongg tutorial.
Assalam, kalau nak order boleh ke?