Free Knitting Pattern: Sweet Old Shale Baby Cardi – Malay Version

 Sweet Old Shale Baby Cardi (0 – 12 months old)

 **Pattern and all pictures are copyrighted. No resell, no distribution in any forms. All rights reserved by Daknit.Com (please share the link only). You can sell the item made from this pattern for profits but not commercially*

Level: Advanced beginner to intermediate (Tahu teknik Magic Loop dan Pick Up sts)

Yarn suggested:
Any Sport / 5 ply (12 wpi) yarns – I am using Alize Sekerim Bebe Batik 2126 (Available at www.daknit.com)
Yardage: 382 yards (350 meters)
Unit weight: 100 grams (3.53 ounces)

Gauge: 23.0 sts = 4 inches

Materials:

Needle size: US 2½ – 4 or 3 – 3.5mm

Stitch marker

Scissor

Blunt yarn needles

Stitch holder

4 match buttons

In this pattern, I am using 4.00m x 80 cm circular needles.


Abbreviations:

CO – cast on

K – Knit

P – Purl

YO – yarn over

PM – place marker

BO – bind off

PU – Pick up stitch

Sts – stitches
Note:
1. Sentiasa gerakkan “marker” anda apabila mengait.
2. Raglan “increase” dengan menggunakan teknik Yarn Over.
3. Untuk membuat bahagian butang “band”, buat 2 x 2 “Ribbing”

Ribbing Stitch:

Baris 1.      K2, P2

Baris 2.      K2, P2

Ulang langkah 1-2.

Old Shale Pattern Stitch (Gandaan18 sts)

  1. (K2tog x 3), *(YO, K1) x 6 times, (K2tog x 6 times)* repeat * to * until the last 6 stitches, k2tog x 3 times
  2. Knit
  3. Knit
  4. Purl

**
Instructions:
Cast On 68 Sts (Baris 1- Baris 4 adalah Garter Stitch)
Baris 1 (Right side): Knit hingga akhir baris
Baris 2 (Wrong side): Knit hingga akhir baris
Baris 3: Knit hingga akhir baris
Baris 4: Knit hingga akhir baris

Pembahagian untuk Raglan (increase untuk mendapatkan bahagian lengan):

Baris 5: K11 (bahagian hadapan), pm, K2, pm, K8 (lengan), pm, K2, pm, K22 (bahagian belakang), pm, K2, pm, K8 (lengan), pm, K2, pm, K11 (hadapan)
Baris 6: Kait P sehingga akhir baris.

** Red FONT adalah teknik Increase.

Bahagian Increase bermula:

Baris 7: K11, YO, K2, YO, K8, YO, K2, YO, K22, YO, K2, YO, K8, YO, K2, YO, K11 (menggunakan teknik Yarn Over, kita akan increase 8 stitches sepanjang baris)

Baris 8: Kait P sehingga akhir baris

(Dengan menambah 1 Sts di bahagian baris Right Side sebelum dan selepas K2 dengan menggunakan Yarn Over seperti pada baris 7, teruskan mengait mengikut paten baris 7 dengan terus menambah “increase” pada  setiap baris right side, di mana setiap baris Right Side kita akan akan increase 8 sts, dan kait purl sehingga habis baris pada bahagian Wrong Side, teruskan langkah ini sehingga anda mencapai 180 sts sebelum kita membahagikan bahagian lengan – Untuk ini, jumlah baris anda bermula dari cast on ialah 32 baris.

Pembahagian lengan:

Baris 33: K29, pindahkan 36 sts seterusnya (iaitu sts untuk sleeve) ke stitch holder ataupun tali benang yang tidak digunakan, kemudian, knit 50 sts seterusnya, kemudian, pindahkan lagi 36 sts seterusnya ke stitch holder, dan kemudian knit lagi 29 sts seterusnya sehingga habis baris.

Baris 34: Kait Purl sehingga habis baris (sts yang berada di stitch holder/baki benang kita tinggalkan dahulu)

Bahagian badan (di bahagian badan, sts anda kini berjumlan 108 sts, di mana kita akan mendapat 6 ombak Old Shale – sila lihat gambar untuk mendapatkan gambaran ombak Old Shale):

Sekarang, kita tinggalkan dahulu bahagian sleeves, sambung kait untuk bahagian badan:

Old Shale Pattern Stitch (Gandaan 18 Sts),

Bermula di bahagian Right Side (Odd row), dan Wrong Side (Even row)

Nombor 1:      (K2tog x 3), *[(YO, K1) x 6 kali, (K2tog x 6 times)]* teruskan mengait dari symbol * ke simbol * untuk 5 kali lagi) sehingga tinggal 6 stitches yang terakhir, kait k2tog sebanyak 3 kali (maksudnya, k2tog, k2tog, k2tog). Baris seterusnya,

Nombor 2:      Knit hingga akhir baris, kemudian baris seterusnya

Nombor 3:      Knit hingga akhir baris, kemudian baris seterusnya

Nombor 4:      Purl hingga akhir baris

Teruskan mengait dari nombor 1 hingga  semula dan berulang sehingga panjang yang anda inginkan. Kemudian, knit Nombor 1, baris seterusnya, buat bind off (BO) sehingga akhir baris. Cut yarns, weave off.

Lengan (menggunakan Magic Loop Technique) x buat 2 lengan:

Di bahagian ini, kita akan kait terus bahagian lengan tanpa perlu buat sebarang jahitan ataupun jika ada, sedikit jahitan sahaja. Langkah seterusnya, anda boleh mulakan bahagian kanan ataupun kiri dulu mengikut keselesaan (untuk memahami teknik Pick Up, anda boleh layari youtube.com dan search untuk How To Pick Up Knitting Stitch ataupun klik http://www.youtube.com/watch?v=htAHtNnuE7Q )

Menggunakan benang yang sama, pick up 1 Sts  di bawah lengan, pindahkan kesemua 36 Sts tadi ke jarum, kemudian pick up lagi 1 Sts di bawah lengan, kini anda akan mempunyai 38 sts. Bahagikan 38 Sts tadi kepada dua bahagian (18-18).

Bagi memudahkan anda, bolehlah diletakkan “Marker” pada awal stc sebagai tanda “mula”. Knit kesemua sts menggunakan teknik Magic Loop (Magic Loop Tutorial: http://www.youtube.com/watch?v=1mqIqRdJc68 atau http://www.youtube.com/watch?v=IdSpc0EZpnk) sehingga panjang yang anda kehendaki ataupun sebanyak 30 baris. Di bahagian ini anda tidak perlu Purl. Hanya kait Knit sahaja.

Kemudian, sebelum anda Bind Off, bolehlah kait lagi satu baris secara PURL. Setelah Purl semua baris yang terakhir, Bind Off semua sts. Purl di bahagian akhir ini bertujuan untuk memastikan hujung lengan anda tidak bergulung. Ulang langkah di atas untuk lengan yang kedua.

Bahagian Button Band:

Pick Up 32 stitches bermula dari baris Cast On pada hujung bahagian depan, Setelah memperolehi 32 sts, kait Ribbing 2 x 2. Untuk buat lubang butang, buat 4 lubang menggunakan teknik Yarn Over dengan jarak di antara mereka antara 1 atau 1 ½ cm. Buat ribbing sebanyak 8 baris, kemudian Bind Off.

Pick up 32 sts.
Baris 1: (k2, p2) ulang langkah ( ) sehingga habis baris
Baris 2: (K2, p2) ulang langkah ( ) sehingga habis baris
Baris 3: (K2, YO,p2tog, K2, P2, K2, P2) ulang langkah ( ) sehingga habis baris
Baris 4: (k2, p2) ulang langkah ( ) sehingga habis baris
Baris 5: (K2, p2) ulang langkah ( ) sehingga habis baris
Baris 6: (k2, p2) ulang langkah ( ) sehingga habis baris
Baris 7: (K2, p2) ulang langkah ( ) sehingga habis baris
Baris 8: (k2, p2) ulang langkah ( ) sehingga habis baris

Bind off baris seterusnya.

Ulang langkah di atas untuk bahagian sebelah band pula tanpa membuat lubang.

Jahitkan butang kegemaran anda. Kemaskan jahitan. Done! J

Note: Please contact me if you found any error with this pattern. I am not responsible for the result you gain by using my pattern if you knit with different yarns. Thank you for trying out this design! You can match the sweet cardigan with my Old Shale Baby Beanie. Do share with me your project using this pattern. Pattern is copyrighted.

Link to Old Shale Baby Beanie

(http://www.aheys.com/knittingdanprojeksaya/free-pattern-knitting-an-old-shale-baby-beanie-with-tutorial/)

Designed by,
Ery Yusof@Er EROGLU

www.daknit.com

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.