Kait Sarung Kaki/Sock Knitting

Assalamualaikum semua,

Ada sesiapa yang berminat hendak belajar bagaimana hendak mengait stoking? Jum, kita tengok, apa yang diperlukan untuk mengait stoking/knitting socks.

Biasanya, untuk mengait stoking, jarum yang digunakan adalah jarum jenis double pointed needles (DPNs). Biasanya jarum ini mempunyai 4 set ataupun 5 set jarum yang panjangnya biasanya 6 inci, 8 inci dan 12 inci. Setiap jarum mempunyai saiz diameter yang berbeza. Saiz jarum DPNs yang biasa digunakan adalah bersaiz 2.00mm, 2.25mm, 3.00mm, 3.25mm dan 3.75mm.

Double Pointed Needles (DPNs)

Pemilihan benang sewaktu hendak mengait stoking juga harus perlu diambil kira. Jika anda ingin mengait stoking yang akan digunakan sewaktu memakai kasut, gunakan benang yang tahan lasak dan tidak terlalu tebal. Biasanya, benang kait yang dilabel sebagai sock yarns adalah sangat baik untuk mengait stoking jenis ini (dipakai bersama kasut).

Ini disebabkan benang jenis ini adalah tipis dan telah dipintal bersama benang dari jenis wool dan nylon untuk mendapatkan kaitan stoking yang elastik dan tahan lasak. Benang yang tidak mempunyai daya elastik tidak akan mengekalkan bentuk asal stoking setelah beberapa kali dipakai.

Jenis kaitan stoking terbahagi kepada dua bahagian:

1. Bermula dari Cuff sehingga Toe.

2. Bermula dari Toe sehingga Cuff.

Gambar rajah di bawah adalah jenis kaitan Bahagian 1:

Sila klik gambar dan “zoom” untuk melihat gambar dengan lebih jelas dan besar

Maka dengan itu, jum kita tengok video bagaimanakah caranya hendak mengait stoking dengan menggunakan pattern asas seperti knit, purl, cast off,  cast on, decrease, dan increase yang bermula dari bahagian Cuff sehingga bahagian Toe.

Video part I: Cast On and Working on the Cuff

Video part II: Working the Heel Flap

Video part III: Turning the Heel

Video part IV: Picking Up and Knitting the Gussets

Video part V: Closing the Toe with Kitchener Stitch

Selamat mencuba!

-Sindar-

4 thoughts on “Kait Sarung Kaki/Sock Knitting”

  1. Salam Er,
    Bestkan buat socks. Kak Ayza suka cara Er explain, u are a great teacher! Love it!
    Yang bhg dari Toe ke Cuff, belum pernah cuba lagi. Er dah cuba tak?

    1. Salam Kak Ayza,
      Terima kasih kak, tak adalah great kak.. kerana masih banyak lagi perkara dlm diri dan kehidupan yang hendak saya perbaiki.. 🙂
      saya cuma berharap penerangan ni akan berguna nanti..insyaAllah, toe to cuff belum pernah saya cuba lagi.. kak Ayza cuba dulu kemudian saya belajar dari kak Ayza, ok? 😉 -sebab nampak agak susah..-

      oh lupa pula nak tanya.. kak ayza akan jual DPNs tak?

      1. Salam Er,

        Nampak susahkan, tapi kalau cuba mesti boleh. Kak Ayza skrg susah nak mengait, Ismail sangat nakal, lasak. Banyak kerja tergendala, Er. Dpns rasanya tak jual. Er ada stok tak?

        1. Salam Kak Ayza,
          Ya.. betul kak. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau rasa susah.. selamanya rasa susah..kan? Benda yang susah, kalau ada kemahuan pasti jadi senang ( huh.. tapi kadang tu, rasa susah sbb malas nak buat 😉 ) Kalau ada masa, saya akan cuba pula belajar dari toe ke cuff. Oh ya kah.. nakalnya hero-hero kak Ayza ya? 🙂
          Alahai.. kak Ayza, nak tanya boleh, benang-benang kat sana tu, kalau jual guna pack, murah tak? Benang kat dalam blog kak tu.. rasa macam lembut dan best.. 🙂 Tak sabar nak tengok hasil projek-projek kak Ayza nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.