Kelas Mengait TELEGRAM

12512031_516484645200690_1417454266_n

Siapa kata belajar itu wajib berhadapan dengan guru? 🙂

Alhamdulillah, projek saya untuk 2016 ini ialah mengadakan kelas untuk mereka yang ZERO KNITTING KNOWLEDGE melalui online sahaja menerusi TELEGRAM sedang berjalan lancar. Gambar di atas yang saya kongsikan ini adalah sebahagian hasil dari pelajar TELEGRAM saya.

Bagi saya, ada sebahagian ilmu memang perlu berhadapan dengan guru, namun ada juga yang boleh di ajar melalui jarak jauh. Tidak ada yang mustahil dengan izin Allah swt, betulkan?

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan <3

Sejujurnya, saya lebih suka dapat mengajar secara online berbanding OFFLINE. Disebabkan saya punya komitmen dengan dunia nyata yang selalu menyebabkan saya terkejar-kejar masa (Allah’im), saya lebih senang jika mencurahkan ilmu mengait ini melalui online sahaja buat masa ini. Melalui TELEGRAM, saya dapat meluangkan masa untuk melihat dari semasa ke semasa perjalanan kelas online ini. Tidak menyebabkan saya terkejar-kejar untuk memastikan kelas berjalan baik. Hebat teknologi pada masa kini! Masya Allah.

Saya berharap, program ZERO KNITTING ini akan berakhir dengan baik dan para pelajar akan dapat mempraktikkan ilmu dengan lebih mendalam selepas kelas tamat.

Kenapa saya suka Kelas Online?

~ Masa yang fleksibel

~ Bantuan nota dan video yang mudah dimuat naik (upload)

~ Cepat dan pantas untuk sesi soal & jawab (dari semasa ke semasa)

Jika para pelajarnya memberikan kerjasama yang baik, itu adalah bonus untuk saya.

Sesiapa yang berminat untuk belajar mengait online bersama saya, bolehlah hubungi saya di whatsapp 01114157310. Kelas adalah berbayar bergantung dengan kelas yang diminta oleh pelajar.

Terima kasih <3

Ery EROGLU
Penulis Buku VARIASI ASAS KNITTING

 

Related Post

11 Replies to “Kelas Mengait TELEGRAM”

  1. sy dr sabah.. dan sy sangat berminat mengait .. ttpi sy xmemahaminya secara on9.. jadi bagaimana sy ble dptkan buku sbgai rujukan sy..? minta maaf.. email sy x berfungsi… jd sia ble wssp sy dlm no fon(0143768100).. tq..

  2. asalamulaikum,,
    saya tidak bisa mengirim WA,apa ada line atau BBM?saya rasa ada mslah dgn android saya,,,apkah ada cara lain?terimakasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.