Assalamualaikum semua.. alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk  membuat tutorial membuat topi yang paling ringkas dan senang bagi sesiapa yang ingin baru belajar mengait jarum dua. Semoga tutorial ini dapat membantu kita semua insyaAllah. NOTE: Saya menggunakan jarum circular tetapi cara tutorial ini adalah untuk jarum kait dua biasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 pasang jarum kait dua (1 pair of knitting needles) saiz 4.5mm

1 buku benang Magic Baby 100gm

1 batang jarum crochet (crochet hook) saiz 3.5mm

Gunting

Pattern:

Stockinette Stitch ( Asas yang perlu diketahui adalah Cast On, Knit, Purl dan Bind Off)

Ribbing ( 2 x 2 RIBBING = *KNiT 2 kali, PURL 2 Kali* ulang dari * ke * )

K2TOG , Knit 2 together (KNiT 2 sts sekali kaitan)

KNIT SIDE (right side)

PURL SIDE (wrong side)

Langkah-langkah:

1. Cast On menggunakan Long Tail Cast On sebanyak 72 sts.

Seperti gambar di atas, pastikan setelah membuat cast on, buat 2 x 2 RIBBING sebanyak 10 baris.

ROW 1 (right side) : *Knit 2, Purl 2* ulang dari * ke * sehingga habis baris pertama.  ROW 2 (wrong side) : *Purl 2, Knit 2* ulang dari * ke * sehingga habis baris kedua. ULANG ROW 1- ROW 2 sehingga 10 KALI.

2. Setelah selesai RIBBING, pada baris seterusnya .. kait KNiT sehingga habis baris pada KNiT SIDE. Kemudian, pada baris seterusnya, kait PURL sehingga habis baris pada PURL SIDE. Maksudnya, sebaris KNiT, sebaris PURL.

Teruskan mengait KNiT dan PURL sehingga panjang kaitan anda sekurang-kurangnya 10-15 cm dari Cast On (mengikut panjang yang anda suka)

Setelah itu, DECREASE akan bermula untuk membuat TOP.

Memandangkan bilangan stitches yang digunakan adalah nombor genap, maka kita boleh membuat DECREASE sebanyak 4 kali pada baris RIGHT SIDE. Merujuk pada gambar di atas, 72/4 = 18 sts. Bermakna, setiap sts yang  ke 17 dan 18 kita akan buat K2TOG untuk decrease. K2TOG ialah Knit 2 together. STITCH MARKERS digunakan untuk menanda tempat berlakunya DECREASE. Maka, setiap 18 sts, kita letakkan Stitch Markers.

KNiT 2 TOGETHER pada 2 sts terakhir sebelum STiTCH MARKERS.

3. Seterusnya, pada RIGHT SIDE, lakukan DECREASE (k2tog) pada setiap SEBELUM Stitch Markers.

4. PADA SETIAP WRONG SIDE, kait PURL seperti biasa tanpa decrease.

5. ULANG LANGKAH 3-4 sehingga stitches yang tinggal di atas jarum hanya ada sekurang-kurangnya 8-12 sts. Setelah itu, BIND OFF stitches yang tinggal.

Dah siap BIND OFF…

Setelah itu, gunakan jarum crochet untuk mencantum belahan tadi melalui PURL SIDE.

YAY! Anda berjaya mengait topi 😀

Thanks to my hubby for willingly to be my hat model 😛

Untuk mendapatkan benang jenis ini.. anda bolehlah singgah ke kedai online kami di http://www.daknit.com untuk mendapatkan jarum dan benang-benang kait berkualiti dan selesa dipakai untuk projek mengait anda.

Jemput ke Facebook DA’KNiT untuk update terkini.

May Allah swt. bless us all. Thank you for hopping by! Happy knitting 🙂

Print Friendly, PDF & Email