Assalamualaikum,

Pos ini ada saya kongsikan pada FB saya dan ingin juga saya kongsikan di blog ini. Semoga bermanfaat <3

***

Antara masalah yang biasa saya lihat sewaktu menjual barangan handmade berasaskan benang kait adalah cara kita meletakkan harga. Bukan sahaja anda tetapi saya juga menghadapi masalah yang sama. Tetapi saya selalu berfikir seperti ini.

Sebenarnya, saya tidak perlu risau dan takut dengan harga yang saya letakkan. Murah ataupun mahal, itu adalah harga saya. Kenapa perlu takut dan risau jika pesaing saya jual murah ataupun kenapa perlu risau jika saya menjual lebih mahal? Saya berhak meletakkan seberapa banyak pun harga yang saya rasa layak dengan penat lelah saya dan setanding dengan kualiti.

Kenapa?

Sebab saya adalah BERBEZA dari orang lain. saya adalah ISTIMEWA makanya hasil TANGAN saya yang hanya SEPASANG itu juga adalah SATU sahaja di dunia ini. Maka hasil saya TIDAK AKAN PERNAH SAMA dengan orang lain dan sebaliknya. Maka perlu bersyukur dengan hasil kita sendiri dan yakin hasil kita adalah yang terbaik. Harga berbeza dari pesaing saya bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.

Pelanggan kata mahal? Modal sama saja?

Biar modal sama… tetapi rasa PENAT itu TIDAK AKAN pernah sama. Tak perlu risau jika pelanggan kata mahal. Sebab saya tahu hasil saya adalah yang terbaik. Jika pelanggan tahu kualiti kerja kait saya dan mutu material yang saya gunakan adalah terbaik, mereka pasti akan KEMBALI. insya Allah.

Bagaimana mahu menarik pelanggan?

Jika pelanggan itu adalah First Time customer, yakinkan dia hasil kita adalah terbaik. Jika pelanggan merasakan mahal, kita boleh adakan promosi dan free gift sebagai tanda penghargaan untuk pertama kali. Terpulang pada kita sendiri bagaimana meletakkan nilai daya tarikan jualan kita. Apapun yang paling penting adalah persetujuan dari kedua pihak memuaaskan hati masing-masing.

Pelanggan tempah lari?

Ambillah deposit. Tetapkan masa pembayaran agar kita tahu pelanggan itu serius ataupun tidak. Sekurang-kurangnya deposit itu dapat memulangkan kos material kita.

Tulisan ini sebagai rujukan saya dan teman2 mengait yg masih baru dalam bidang ini. Insya Allah. Rezeki ada di mana-mana. Paling penting, biarlah tulus niat kita untuk mencari rezeki melalui jualan handmade ini. Amalkan berjualan sambil bersedekah. Insya Allah ada berkatnya.

Semoga saya dan anda akan berusaha lebih untuk.meningkatkan mutu hasil kait handmade ini.

Peace ♡

Ery Eroglu
www.daknit.com // www.senimengait.com

Print Friendly, PDF & Email