Membaca Knitting Diagram/Chart

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat senimengait.com 🙂
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi nota ringkas yang saya sediakan untuk kelas online saya. Kelas Online ini saya adakan untuk mereka yang ingin tingkatkan lagi skil mengait knitting. Jika anda berminat untuk mengadakan kelas online bersama saya, bolehlah hubungi saya di email ini: sales@daknit.com. Selamat belajar!

Cara membaca Knitting Charts/Diagrams.

Apa yang anda perlu tahu tentang Knitting Charts/Diagrams?

slchart0603091

Kotak melintang adalah mewakili bilangan stitches (Dalam Chart/Diagram di atas, bilangan stitches ialah 9)

Kotak menegak adalah mewakili bilangan baris (Dalam Chart/Diagram di atas, bilangan baris ialah 8)

Chart Key ialah petunjuk untuk simbol yang digunakan di dalam pattern ini.

a. Terdapat dua jenis charts/diagrams:

  1. Flat
  2. Circular

    Simbol antara English/Russian/Japanese yang digunakan dalam Knitting Charts/Diagrams adalah berlainan untuk sesetengah symbol. Pastikan anda rujuk pada simbol yang betul.

Kenali Charts/Diagrams:

Flat Knitting Charts/Diagrams

flat

(Petikan dari Website Dummies)

Untuk Flat Knitting Charts/Diagrams:

Right Side kebiasannya bernombor ganjil

Wrong Side kebiasaannya bernombor genap.

Diagram/Charts di baca dari Kanan ke Kiri untuk RS dan kiri ke kanan untuk WS. PASTIKAN anda membaca arahan sebelum membaca charts/diagram yang disediakan.

**

Terdapat juga sebahagian charts/diagrams di mana tidak dinyatakan WS (nombor genap) dan hanya mempunyai nombor ganjil. Untuk pattern diagram/charts jenis ini, kebiasaannya nombor genap itu dikait “PURL/KNIT” sahaja bergantung pada simbol yang diberi.

Circular Knitting Charts/Diagrams

circular

(Petikan dari Website Dummies)

Untuk Circular Knitting Charts/Diagrams:

Right Side kebiasannya bernombor ganjil

Wrong Side kebiasaannya bernombor genap.

Diagram/Charts di baca dari Kanan ke Kiri seperti membaca buku Bahasa Arab/Jepun.

**

Terdapat juga sebahagian charts/diagrams di mana tidak dinyatakan WS (nombor genap) dan hanya mempunyai nombor ganjil. Untuk pattern diagram/charts jenis ini, kebiasaannya nombor genap itu dikait “PURL/KNIT” sahaja bergantung pada simbol yang diberi.

REPEAT CHARTS

repeat

(Petikan dari Website Dummies)

Jika anda terlihat kotak seperti diagram di atas, kotak ini bermaksud anda perlu membuat REPEAT untuk beberapa kali (seperti yang diarahkan oleh pattern). Cthnya, seperti di diagram di atas ini, anda perlu REPEAT stitches 1- 6 untuk beberapa kali, kemudian setelah selesai REPEAT, barulah sambung kait stitches ke 7 – 9.

Jika anda tanya saya, saya lebih suka membaca diagram/chart ketika hendak mengait LACE. Lebih mudah dan senang berbanding membaca arahan. Berikut ada 2 contoh pattern menggunakan diagram/chart untuk anda cuba. Selamat mengait dari saya 🙂

blog-chart-reading-06

 

Cara membaca chart di atas (Nombor genap tidak ditunjukkan bermakna, nombor genap hanya dikait PURL sahaja):
Dari kanan:
Row 1: K2, K2TOG, YO, K, (SSK, k, YO, K, YO, K, K2tog, K), YO, SSK, K2 = (repeat)
Row 2: Purl hingga habis baris
Kait ROW 3 – 11 mengikut arahan simbol yang diberi <3

blog-chart-reading-031

 Pattern mudah untuk anda mencuba teknik mengait berdasarkan charts/diagram (https://tincanknits.files.wordpress.com):

Related Post

3 Replies to “Membaca Knitting Diagram/Chart”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.