Salam semua,

Seketika tadi, sedang saya mengait, tiba-tiba terjatuh pula stitch. πŸ™

Kalau kawan-kawan sedang mengait, dan tiba-tiba salah satu stitch terjatuh dari jarum tanpa disedari, jangan panik ok? πŸ™‚

Ini kerana, stitch yang terjatuh/drop stitch dari jarum masih boleh diperbaiki. Banyak cara yang kawan-kawan semua boleh gunakan untuk memperbaiki stitch yang terjatuh ni. Salah satunya, kita boleh gunakan hook crochet untuk menarik semula stitch yang terjatuh ke jarum kait πŸ™‚ dan stitch marker, ataupun pin untuk menahan loop tadi dari terus jatuh ke bawah.

Video dibawah ini mengajar kita bagaimana hendak fix stitch yang terjatuh. Diharap info ini berguna untuk teman knitters semua πŸ™‚

Video credited to Elsteffo.

Selamat berknitting! πŸ™‚