Assalamualaikum dan selamat pagi,

Antara soalan yang paling popular yang selalu diajukan pada saya ialah -boleh tolong jelaskan tidak jenis-jenis benang ni sesuai untuk projek apa?-

10401356_808033372553509_5991486214322069566_n 10615375_808150705875109_6202256933770845208_nDress yang dikait menggunakan 100% benang kait NAKO Baby Luks Minnos (50% acrylic 50% polyamide). Benang ini adalah benang khas untuk bayi. Ianya sangat lembut dan sejuk dipakai. Saiz jarum memainkan peranan penting dalam menghasilkan texture yang lembut dan lebih gebu.

Soalan ini sangat popular dan adalah soalan yang sering kali ditanya apabila seseorang itu baru di dalam bidang mengait. Ilmu saya belum cukup untuk menceritakan hal ini dengan lebih terperinci kerana benang-benang kait ini bukan hanya ada brand NAKO ataupun Alize ataupun Ice yarns, Red Heart, Caron, Marymaxim, Lion Band, Bernat dan banyak lagi… tetapi boleh dikatakan ada lebih 1000 jenis brand atau mungkin lebih dari ini. Wallahu’alam.

Namun, perkongsian kali ini adalah lebih merujuk kepada brand yang kami jual iaitu NAKO/Alize/Iceyarns.

Brand-brand ini adalah di antara brand benang import yang popular dan semakin mendapat perhatian di kalangan peminat mengait di tanah air. Brand-brand ini sebenarnya membawa lebih dari 50 jenis benang yang mempunyai material berbeza, ply yang berbeza, jenis ketebalan yang berbeza dan juga texture yang berbeza. Contohnya NAKO super inci adalah benang yang mempunyai campuran wool, NAKO Estiva adalah benang yang mempunyai campuran cotton & bamboo, NAKO Pirlanta adalah campuran benang polyacryil, NAKO Ninni Bebe pula diperbuat daripada material jenis akrilik yang telah diproses untuk menghasilkan akrilik yang sangat bermutu, berkualiti dan antialergik! Selain itu, ada banyak jenis lagi yang selebihnya boleh dilihat di laman web kami www.daknit.com. Jemput singgah!

Pemilihan benang banyak mempengaruhi hasil akhir projek kait kita. Jika kita ingin mengait baju sejuk, benang-benang yang mempunyai campuran wool boleh memberikan kehangatan pada badan sesuai seperti yang kita mahu. Jika kita ingin mengait bag, benang-benang jenis keras yang biasanya diperbuat daripada material campuran polyester/100% cotton adalah sesuai kerana tidak berbulu dan kukuh. Jika ingin mengait untuk kulit yang sensitif, benang-benang yang diperbuat daripada akrilik yang tinggi kualitinya, benang jenis cotton, bamboo, linen dan seangkatannya adalah sangat sesuai.

Maka sebelum memulakan projek, pastikan anda memilih benang yang bersesuaian berdasarkan label benang tersebut di mana, pada label, ada dinyatakan jenis material dan saiz jarum yang dicadangkan. Selain itu, cara mencuci dan penjagaan juga sangat memainkan peranan yang penting dalam menjaga kualiti projek barang kait ini. Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, teknik ‘blocking’ banyak mempengaruhi hasil akhir projek, di mana projek akan menjadi lebih lembut dan selesa dipakai.

yarn_weight

Kesimpulannya, semua jenis benang sesuai untuk pelbagai jenis projek tetapi kitalah yang menentukan jenis benang yang sesuai dengan projek kita berdasarkan material/tebal benang tersebut. Jangan takut untuk mencuba 🙂

Ery EROGLU
www.senimengait.com

Print Friendly