[Perniagaan Handmade]

Pendapatan melalui penjualan barangan handmade sebenarnya satu kerja yang sangat baik untuk suri rumah yang mahu mencari duit poket sendiri. Bahkan, bukan sahaja suri rumah, hampir kesemua golongan boleh menjadikan pekerjaan ini sebagai punca pendapatan.
Jujur saya katakan, penjualan handmade sebenarnya untung pendapatannya lebih tinggi berbanding menjual material mentah. Cuma hati perlu kental, perlu sentiasa kreatif dan berseni antara aspek yang perlu ada pada penjual barangan handmade mengait memandangkan ianya tidak sama seperti produk lain (jahitan, anyaman, tenunan).
Antara projek yang menarik untuk dijual ialah :
✅Beg kait
✅Sarung bantal
✅Alas meja
✅Cadar
✅Karpet
✅Karpet sejadah
✅Hiasan rumah
✅Hiasan meja makan
Kenapa 8 perkara ini yang saya sebut? Sebabnya kesemua di atas adalah jenis barangan yang boleh dipakai selalu oleh wanita mahupun lelaki seperti beg, cadar, dan sejadah manakala alas meja, karpet sebagai penghias rumah agar kelihatan lebih cantik, menarik dan bergaya. Manusia sukakan kecantikan, betulkan?
Perhatikan permintaan pasaran, meninjau trend terkini, melihat gaya hidup pelanggan antara perkara yang boleh kita jadikan sebagai rujukan. Hiasan dalaman yang berkonsepkan sesuatu tema juga dapat melahirkan idea produk yang unik dan dapat menarik minat pelanggan untuk membeli.
Selain itu,
Pemilihan kualiti benang kait dan peralatan mengait juga sangat penting dalam pembuatan produk mengait bagi memastikan pelanggan mendapat kepuasan sepenuhnya ketika menggunakan barangan kait tersebut. Peniaga barangan kait juga perlu bijak memahami kehendak pelanggan, kategori pelanggan mengikut kemampuan poket pelanggan. Kita juga perlu mendidik pelanggan tentang perbezaan handmade yang kita hasilkan itu dengan handmade dari penjual kraf barang kait yang lain. Terutamanya dari segi:
- Kualiti material
- Kos upah anda sebagai orang seni
- After service sales yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan tetap
- Kualiti handmade anda yang pastinya mempunyai ciri2 yang berbeza daripada penggiat kraf seni mengait yang lain.
- Personal brand
- Unique persona yang membezakan anda dengan krafter lain.
- Fokus kepada hanya 1 atau 2 jenis produk sahaja.
- Pemilihan warna dan design antara punca utama menjadi daya tarikan pelanggan apatah lagi bersesuaian dengan jiwanya.
Sebelum menerima tempahan, pastikan:
- Siapa target anda. Orang bekerja? Suri rumah? Orang bangsawan?
- Bincang bersama pelanggan apakah mereka lebih mahukan kualiti ataupun kuantiti?
- Kos upah anda dan harga material anda juga boleh dibincangkan bersama pelanggan.
- Pastikan pembayaran deposit dibuat terdahulu bagi mengelakkan back out buyers dan kerugian kos material. Biasanya pelanggan yang serius mereka pasti boleh membuat deposit atau pembayaran penuh tanpa banyak soal atau alasan.
- Perkara ini juga sering kita terlepas pandang iaitu memastikan pelanggan yang mempunyai penyakit seperti alergi pada haiwan, sesetengah bahan kimia dalam produk kita atau eczema supaya kita boleh mencadangkan material yang sesuai pada mereka.
Sebagai penjual barangan kraf, kita perlu pastikan harga yang diberikan berbaloi dengan usaha dan kualiti produk kita. Jangan risau letakkan harga yang tinggi kerana barangan handmade mempunyai nilai yang sangat berseni.
Akhir kata,
Semoga perkongsian hari ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. ❤
Cikgu Ery
Guru RBT & Guru Sains 🥰
Saya nak belajar Di on line
Saya nak belajar secara bersemuka