Assalamualaikum sahabat seni mengait, apa khabar anda semua? 🙂
Hari ini alhamdulillah akhirnya saya berkesempatan untuk mempromosikan buku skrap yang dihasilkan oleh salah seorang sahabat mengait di MKCC, iaitu Che Puteh Ismail (https://www.facebook.com/cheputeh.ismail). Buku ini mengandungi beberapa pattern yang ditulis oleh Che Puteh Ismail dalam bahasa.
Comelkan? Dahulu, waktu saya mula-mula pertama kali membuat pattern sekitar tahun 2010, tidak begitu ramai yang membuat pattern sendiri. Tetapi alhamdulillah, sejak tahun ini saya dapati semangat para crocheter/knitter Malaysia semakin tinggi dan saya teruja melihat minat dalam membuat pattern pada masa kini.
Maka, kelebihan dan kesannya ialah kita akan memperolehi lebih ramai designer crochet/knitting di Malaysia malah boleh setanding dengan negara-negara luar yang aktif dalam menghasilkan pattern mengait 🙂 Satu perkara yang memberangsangkan bukan? Alhamdulillah.
Mari lah sama-sama kita berikan sokongan pada sahabat-sahabat mengait yang berusaha keras untuk berkongsi ilmu ini secara percuma ataupun berbayar. Jika berminat untuk mendapatkan pattern-pattern di atas, boleh hubungi Che Puteh Ismail terus di laman FBnya https://www.facebook.com/cheputeh.ismail.
Selamat mengait!