10647132_313255072190316_6691115482636728490_n

Nama saya ialah Ery. Anda boleh panggil saya Er, Ery, Da’Knit, Sindar, Sindarery dan mmmhh..! Ok cukup Tak kisahlah anda nak panggil saya yang mana satu yang penting orangnya tetap sama Alhamdulillah.. saya akhirnya berjaya membuka sebuah blog yang khas hanya untuk belajar mengait, apa-apa tentang mengait, seni mengait oleh pelanggan-pelanggan kami yang menggunakan benang-benang dari kami, ataupun apa-apa perkongsian yang dikongsi bersama dari sahabat dan pelanggan Da’Knit.

Seni mengait adalah merupakan salah satu hobi yang sangat saya sayangi dan saya berhasrat dengan adanya blog ini, insya Allah boleh membantu para peminat yang baru ingin menceburkan diri dalam seni ini. Mengait bukan sahaja terhad sebagai sebuah hobi, tetapi mengait juga dapat membantu meningkatkan kesihatan seseorang. Mengikut kajian kesihatan yang dijalankan di Amerika, mengait dapat meningkatkan mutu kesihatan dan mengurangkan stress pada diri seseorang yang mengait. Best bukan? Walaupun begitu, sebagai seorang Muslim, adalah lebih manis dan cantik ketika mengait kita tambahkan lagi resepi rahsia kesihatan rohani iaitu dengan zikir. Insya Allah, stress pun hilang, hati sentiasa gembira

Dalam blog ini, saya akan cuba membuat update seboleh-bolehnya sehari sekali. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jika anda suka dengan blog saya, sudi-sudilah sebarkan kepada sahabat-sahabat baru yang suka pada bidang seni mengait ataupun jika bermanfaat, kongsikanlah ilmu yang ada di dalam blog ini pada mereka yang memerlukan. Insya Allah, mudah-mudahan ada berkatnya untuk saya dan juga anda, bukan sahaja sebagai amal di dunia tetapi juga di akhirat nanti.

Selain blog ini, saya juga mempunyai beberapa buah blog yang lain, tetapi buat masa ni yang sangat aktif ialah:

www.aheys.com (Blog Utama Da’Knit)

www.daknit.com (Kedai Online Da’Knit)

www.facebook.com/daknit (PAGE FB Da’Knit)

www.yarnsonlineshop.com (Kedai IceYarns Da’Knit)

Dalam blog ini, insya Allah. Saya akan cuba sertakan bukan sahaja gambar tetapi juga video-video ringkas ataupun panjang tentang belajar mengait seni crochet dan knitting, insya Allah, selagi mampu. Saya juga sebenarnya sedang dalam proses menerbitkan sebuah buku Belajar Knitting. Doakan semoga berjaya ya!

UPDATED:

asdw4rt
Alhamdulillah, buku saya sudahpun terbit dan pertama kali telah dipasarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 25 April 2015. Anda juga boleh mendapatkan buku ini di laman Mall Karangkraf. Sila klik pada pautan ini untuk membeli buku Variasi Asas Knitting: http://mall.karangkraf.com/products/Variasi-Asas-Knitting/4227

Diharap dalam hujung tahun ini, buku itu berjaya diterbitkan. Insya Allah. Baiklah, saya harus berhenti menulis dan memulakan projek. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi singgah di blog ini. Semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua hendaknya. Insya Allah.

Salam mengait,

Er EROGLU
www.daknit.com//senimengait.com

Print Friendly