Jum kita buat pom-pom πŸ™‚ Langkah-langkahnya ialah:

1. Sediakan material seperti di dalam gambar:

– Gunting

– Pembaris/kadboard mengikut kesesuaian saiz

– Berus dawai (rasanya ni berus sisik ikan hehe..)

– Benang (warna ikut suka)

2. Lilitkan benang pada pembaris/kadboard. Jika ingin membuat pom-pom bersaiz lebih besar, gunakan saiz pembaris ataupun kadboard yang lebih lebar. Lilit mengikut ketebalan yang disukai.

3. Setelah siap lilitan, keluarkan benang tadi dari pembaris/kadboard dan ikat bahagian tengah-tengah benang tadi seperti gambar di atas dimana ikatan itu dibuat diantara lubang yang terbentuk pada benang tadi. Ikat seketat-ketatnya.

4. Setelah siap mengikat benang tersebut, mulakan guntingan pada benang seperti gambar di atas (melalui lubang). Hati-hati ketika menggunting ya. Pastikan semua bahagian benang yang perlu digunting itu digunting habis sehingga menjadi seperti gambar di bawah:

ala-ala sea urchin

5. Kemudian, ambil berus dawai dan mulakan memberus benang tersebut dengan lembut. Kalau kasar benang boleh putus. Teruskan memberus sehingga benang menjadi seperti kapas.

6. TADA!! πŸ˜€ Akhirnya dah siap. Apabila benang telah siap diberus sepenuhnya, boleh gunting lagi untuk menjadikan benang lebih kemas bentuknya seperti bentuk bola kecil/guli. Kemudian boleh gantung seperti keychain, ataupun untuk topi ka.. dan apa-apa yang sesuai πŸ˜€

Selamat mencuba!

-DaKnit-