SAIZ UTK ADULT.. (pattern by Pierrot)
Pattern ni bermula dari bawah ke atas… terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu body, armhole dan neck…
1. Berdasarkan gambar untuk vest BACK.. mulakan dengan membuat CAST ON sebanyak 114 stitches menggunakan Jarum saiz 3.3mm.. (ini jepun punya saiz, manakala untuk US kita guna saiz 3.25mm) Kait secara RIBBING, iaitu Knit 1 Purl 1 sehingga habis baris dan turn Purl 1 Knit 1 sehingga habis baris sehingga PANJANG RIBBING ini mencecah 5cm.
2. Kemudian, teruskan baris seterusnya dengan mengurang sebanyak 5 stitches sehingga hanya ada 109 stitches sahaja dengan menggunakan saiz jarum 3.9mm di mana untuk US kita guna saiz 4mm. Kait menggunakan pattern stockinette stitch, iaitu satu baris knit, satu baris purl sehingga panjang sebelum ARMHOLE ialah 63cm ataupun kait sehingga mencapai 88 ROWS. Pastikan RIGHT SIDE adalah bahagian KNIT dan WRONG SIDE adalah bahagian PURL.
3. Setelah mencapai ROW yang ke 88.. kita akan masuk ke bahagian ARMHOLE. UNTUK ARMHOLE.. pastikan bahagian untuk dikait adalah bahagian RIGHT SIDE. Mengikut gambar, BO 4 sts bermaksud, BIND OFF sebanyak 4 stitches pada awal baris, kemudian kait KNIT seperti biasa sehingga habis baris. Kemudian, PUSING ke bahagian WRONG SIDE, BIND OFF lagi 4 stitches dan kait PURL sehingga habis baris.
4. Setelah habis BIND OFF 4 sts.. kita akan mulakan BIND OFF untuk setiap baris:
2-2-4 – Mula2 kita akan BIND OFF ikut arahan 2-2-4, iaitu, setiap kedua hujung baris ke-2, BIND OFF 2 sts, ulang langkah ini sehingga 4 KALI. Kemudian, masuk baris
2-1-4 – Setiap kedua hujung baris ke-2, BIND OFF sebanyak 1 stitch dan ulang langkah ini sehingga 4 KALI, kemudian, masuk baris
4-1-2 – Setiap kedua hujung baris yang ke-4, BIND OFF sebanyak 1 stitch dan ulang langkah ni sebanyak 2 KALI.
5. Setelah habis mengait bahagian baris ini.. teruskan kaitan tanpa ada DECREASE/INCREASE iaitu kait secara STOCKINETTE lagi ikut bilangan stitches yang tinggal sehingga keseluruhan ROW dari mula BIND OFF 4 sts mencapai 59 ROWS, dan pada ROW yang ke 60, Kait ikut pattern sebnyak 23 sts, kemudian kait 1-1-3 (iaitu selepas KAIT 22 sts pertama, BIND OF 1 sts, kemudian BIND OFF 27sts, kemudian BIND OF 1 sts, KAIT lagi sebanyak 22 sts) TURN… KAIT 21 sts, BIND OF 1 sts, TURN,BIND OFF 1 sts, KAIT 20 sts… putuskan Yarn, sambung kait di bahagian bahu sebelah, PICK UP 22 sts, TURN, BIND OFF 1 sts, KAIT 21, TURN, KAIT 21, BIND OFF 1 sts, maka kedua bahagian mempunyai 20 sts pada akhir kaitan. SIAP BAHAGIAN BELAKANG.
6. KALAU saya ada tersilap kira.. terutamanya bahagian SHOULDER, sila maklumkan ya.. sebab saya hanya translate berdasarkan gambar dan belum kait lagi pattern ni jadi kalau ada tersilap, sila perbetulkan. 🙂
Join us @ www.facebook.com/daknit
May Allah swt bless us all.