Nama mata kaitan: Cast On jenis Long-Tail cast on
Simbol: CO
Klik pada IMEJ untuk gambar yang lebih besar dan jelas.
1. Ikut langkah gambar pertama. Selepas anda berjaya membuat slip knot, anda sebenarnya telah pun membuat stitch yang pertama. Pegang benang menggunakan tangan kiri seperti gambar di atas.
2. Kemudian, turunkan jarum ke bawah seakan-akan membentuk V. Masukkan jarum dari bawah ke dalam lubang di ibu jari seperti gambar di atas.
3. Kemudian, teruskan membawa jarum masuk ke dalam lubang di jari telunjuk dan keluar semula melalui lubang di ibu jari seperti yang ditunjuk pada gambar.
4. Lepaskan tali benang pada ibu jari dan tarik tali benang tersebut perlahan-lahan sehingga membentuk stitch yang kedua. Ulang langkah-langkah di atas untuk terus mendapatkan jumlah stitches yang diingini.
UPDATED VIDEO VERSION: