Tutorial Knitting: Slip Knot

Assalamualaikum semua,

Di dalam seni kait 2 ini, terdapat 4 asas kaitan yang sangat mudah untuk dipelajari. Biasanya, apabila anda telah berjaya mempelajari keempat-empat asas kaitan ini, maka dengan itu anda telah berjaya untuk memulakan satu jenis projek yang mudah dengan menggunakan keempat asas ini.

  • Asas pertama dikenali sebagai Cast On (CO) (maaf ya.. dalam bahasa melayu saya memang tak tau.. bagi saya, istilah di dalam bahasa Inggeris lebih mudah untuk difahami kerana singkat dan ringkas )
  • Asas yang kedua dikenali sebagai Knit (K)
  • Asas yang ketiga dikenali sebagai Purl (P)
  • Asas yang keempat dikenali sebagai Cast Off atau Binding Off (CO/BO)

Sebelum memulakan Cast On, anda perlulah menghasilkan satu Slip Knot. Bagaimana hendak menghasilkan Slip Knot? Gambarajah di bawah akan membantu anda untuk memahami lebih baik bagaimana hendak membuat Slip Knot.


Gambar 1: Permulaan, anda haruslah membuat satu loop. Loop adalah istilah bagi bulatan yang anda lihat di atas gambar. – ah.. yang itu kita panggil dia sebagai “Loop” –


Gambar 2: Setelah anda menghasilkan satu loop, ambil jarum kait anda, tarik benang masuk ke dalam loop tersebut menggunakan jarum tersebut seperti gambar di atas.


Gambar 3: Setelah itu, tarik kedua benang pada bahagian bawah untuk mengetatkan loop tadi sehingga ianya menjadi seperti gambar di atas. Maka, apabila anda telah berjaya membuat bahagian ini, anda telah menghasilkan satu stitch! tada!

Bagaimana? Senangkan?

Di harap, tutorial ini dapat membantu anda semua dalam memulakan langkah pertama mengait kait 2 🙂

Semoga berjumpa lagi!

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.