Assalamualaikum semua πŸ™‚ selamat datang ke da’knit! hari ni.. memandangkan saya free sangat-sangat, alhamdulillah… dengan FREE yang ada hari ni, saya terfikir untuk membuat tutorial mengait topi baby ruffle version

Pattern asal boleh didapati di Bernat.Com (Search : Ruffle Hat (to knit)) – perlu register dahulu untuk download di website ini.

AMARAN: ANDA PERLU MAHIR KESEMUA 4 ASAS MENGAIT JARUM DUA UNTUK MEMBUAT PATTERN NI.

SKILL: EASY

Ok.. Untuk mengait pattern ni, material yang saya gunakan ialah:

Benang Viscose Premium – sangat lembut dan sejuk. Sesuai untuk dipakai oleh baby, Jarum knitting saiz 4.00mm, Pattern dari Bernat.Com

Mengikut pattern yang tertulis, Gauge bagi pattern ini ialah 23 sts dan 30 rows = 4 inci (10cm) untuk stockinette stitch. Belajar buat stockinette stitch di sini

Permulaan, asas yang perlu anda tahu untuk mengait topi ini ialah:

1. Cast on LONG TAIL CAST ON

2. KNIT

3. PURL

4. BIND OFF

5. MAKE ONE – increase stitch

6. JAHIT TEPI/SEW SEAM menggunakan crochet hook saiz 3.00mm.

ARAHAN PATTERN:

Cast On 9 sts (membuat tapak kaitan sebanyak 9 sts menggunakan LONG TAIL CAST ON seperti gambar di bawah)

Kemudian, baris pertama bermula. Iaitu:

Row 1/Baris 1: (RS- Right Side) (K1,yfwd) 8 times, K1. 17 sts [ Dibaris pertama ini, kita akan membuat (Knit, kemudian letakkan working yarn (iaitu tali benang bersambung pada benang ke hadapan)] ULANG langkah di dalam kurungan ini sebanyak 8 kali, sehingga tiba di stitch yang terkahir kita kait K1 (knit 1 kali). Jumlah keseluruhan stitches ialah 17 sts.

Pada baris seterusnya iaitu, baris ke-2, arahan adalah seperti:

Row 2 and alt (alternate row)/Baris 2 dan setiap baris yang sama (iaitu seperti, 2,4,6,8..) – WS wrong side: PURL (Purl hingga akhir baris) NOTE: Pada baris ini, anda akan mengait kesemua stitches seperti biasa. Kait PURL setiap lubang yang ada juga. Lubang yang terhasil adalah akibat daripada YARN FORWARD tadi.

Kemudian, setelah habis baris ini dikait, anda akan dapati terhasil lubang dan jumlah stitches masih 17 stitches.

Setelah itu, pada baris seterusnya ialah:

ROW 3: K1 (yfwd, K2) 8 times, 25 stitches as total – Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 2) ulang langkah ini 8 kali.

ROW 4,6,8: PURL – setiap baris genap, kait PURL.

ROW 5: K1 (yfwd, K3) 8 times, 33 stitches as total –Β  Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 3) ulang langkah ini 8 kali.

ROW 7: K1 (yfwd, K4) 8 times, 41 stitches as total – Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 4) ulang langkah ini 8 kali.

ROW 9: K1 (yfwd, K5) 8 times, 49 stitches as total – Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 5) ulang langkah ini 8 kali.

Arahan seterusnya ialah:

Cont (continue) in same manner, inc (increase) 8 stitches on next and every following alt (alternate) row to 89 (97-97-105) sts.

NOTE: Disini, arahan bermaksud, apabila kita telah increase sebanyak 8 stitches sehingga baris ke 9 tadi, anda perlu teruskan INCREASE dalam keadaan yang sama sehingga mencapai stitches yang anda inginkan iaitu sama ada 89 (97-97-105) sts. PERHATIKAN NOMBOR YANG BER-BOLD UNGU.Β  Setiap increase yang berlaku disini bertambah sebanyak 1 nombor, iaitu bermula dari K1, kemudian K2, K3, K4 dan akhir baris 9 ialah K5. Teruskan baris GANJIL dengan manambahkan 1 stitches pada K tadi, iaitu, pada baris 11,13,15 dan seterusnya, tambah 1 stitches pada bahagian dalam kurungan seperti K1 (yfwd, Kn+1 di mana n adalah nombor) dan ulang langkah ini sehingga habis baris, manakala bagi setiap baris GENAP dikait PURL. Maka hasil yang akan anda dapat adalah seperti gambar di bawah:

Arahan seterusnya:

Cont. (continue) in stocking stΒ  even until work from marked row measures 3 inc or 7.5cm ( setelah habis baris PURL, teruskan mengait dan TIDAK PERLU INCREASE LAGI dalam bentuk stockinette stitch pattern iaitu Knit 1 baris, Purl 1 baris dan ulang sehingga panjang yang dikehendaki) seperti gambar di bawah:

Setelah selesai mengait bahagian BODY PART.. untuk bahagian BRIM arahan seterusnya ialah:

Ruffle: RS – Right Side : *K1, M1* Repeat from * until last stitches, K1, Maksudnya, pada baris seterusnya di bahagian RIGHT SIDE untuk membuat ruffle, *Knit 1, Make 1* ulang langkah dari * ke * sehingga tiba di stitch yang terakhir, Knit 1. Untuk Make One, lihat TUTORIAL MAKE ONE ini.

Kemudian, arahan seterusnya:

Knit 6 rows in garter stitch. Iaitu, kait 6 baris seterusnya dengan kaitan KNIT sahaja. Knit 1 baris dan Knit lagi 1 baris menghasilkan GARTER STITCH PATTERN. Setelah habis kait 6 baris, BIND OFF dan tinggalkan sedikit tali benang untuk menutup kaitan.

Gunakan Crochet HOOK untuk menutup kedua belah bahagian seperti gambar di bawah.

Setelah siap di jahit menggunakan crochet hook, maka hasil yang akan anda dapati adalah seperti gambar di bawah πŸ™‚

TADA! Tambahkan bunga lagi untuk menampakkan seri topi yang cute! Yang ni saiznya ialah lebih kurang untuk 0-3 bulan baby. Anda boleh tambahkan lagi INCREASE untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.

Selamat mencuba!

Tutorial disediakan oleh Da’Knit, lawati kami di www.facebook.com/daknit untuk update terkini! Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com ataupun PM saya di Da’Knit FB PAGE. Terima kasih.

May Allah swt bless us all.