Tips 1: Reading patterns

Assalamualaikum 🙂

Hari ini hari Ahad, hari yang sangat membosankan buat saya.. tapi syukurlah juga pada hari ini, dapat rest cukup-cukup sebelum memulakan kerja lagi seperti biasa :p

Oklah,

Ketika mula-mula belajar membaca pattern pada charts/diagram.. memang sangat memeningkan apabila kita terpaksa balik-balik melihat instructions untuk mengait.

Contohnya:

Row 1, 3, 5:   k2, p1, k5, p2, k4, p2, k5, p1, k2 …

Row 2, 4 : p2, k1, p5, k2, p4, k2, p5, k1, p2 …

Maksudnya.. setiap Row1, Row 2, Row 3 sehingga Row 5, kita perlu membuat pattern ni berulang kali dan terpaksa lihat benda ni balik-balik 😮 (Pening kepala eh)

Kalau beberapa baris itu mempunyai pattern yang sama.. teman knitters (especially beginners macam saya 😀 ) tak perlu risau kalau tak baca pattern tu balik-balik. Tipsnya.. perhatikan bunga pattern tersebut. Apabila kita lihat bunga pattern, kita boleh dapati berapa kali kah kiraan mata kaitan bagi setiap jenis mata kaitan itu dan cara ini membolehkan kita belajar corak pattern dengan lebih baik..

Contohnya macam pattern untuk Row 1-5 tadi..

Cara ini akan lebih memudahkan anda mengait dan kaitan pun jadi laju.

Diharap tips ini membantu 😀

-DaKnit-

Tutorial: Jum buat pom-pom :)

Jum kita buat pom-pom 🙂 Langkah-langkahnya ialah:

1. Sediakan material seperti di dalam gambar:

– Gunting

– Pembaris/kadboard mengikut kesesuaian saiz

– Berus dawai (rasanya ni berus sisik ikan hehe..)

– Benang (warna ikut suka)

2. Lilitkan benang pada pembaris/kadboard. Jika ingin membuat pom-pom bersaiz lebih besar, gunakan saiz pembaris ataupun kadboard yang lebih lebar. Lilit mengikut ketebalan yang disukai.

3. Setelah siap lilitan, keluarkan benang tadi dari pembaris/kadboard dan ikat bahagian tengah-tengah benang tadi seperti gambar di atas dimana ikatan itu dibuat diantara lubang yang terbentuk pada benang tadi. Ikat seketat-ketatnya.

4. Setelah siap mengikat benang tersebut, mulakan guntingan pada benang seperti gambar di atas (melalui lubang). Hati-hati ketika menggunting ya. Pastikan semua bahagian benang yang perlu digunting itu digunting habis sehingga menjadi seperti gambar di bawah:

ala-ala sea urchin

5. Kemudian, ambil berus dawai dan mulakan memberus benang tersebut dengan lembut. Kalau kasar benang boleh putus. Teruskan memberus sehingga benang menjadi seperti kapas.

6. TADA!! 😀 Akhirnya dah siap. Apabila benang telah siap diberus sepenuhnya, boleh gunting lagi untuk menjadikan benang lebih kemas bentuknya seperti bentuk bola kecil/guli. Kemudian boleh gantung seperti keychain, ataupun untuk topi ka.. dan apa-apa yang sesuai 😀

Selamat mencuba!

-DaKnit-