Belajar Knitting: Kait Baju Sweater/Cardigan

Insya Allah, saya akan mengadakan kelas online di TELEGRAM bersama seorang ibu yang manis dan comel. Ibu yang manis dan comel ini bersungguh-sungguh mahu belajar knitting baju V-NECK top down. Kagum dengan semangat ibu ini <3

Ringkasannya, anda boleh lihat gambar di bawah bagaimanakah proses dan anatomi V-NECK TOP DOWN RAGLAN CARDIGAN dikait dengan teknik KNITTING (mengait jarum dua).

Jika anda berminat untuk belajar dengan lebih TERPERINCI dan belajar TIPS bersama saya, boleh hubungi WHATSAPP 01114157310/0168431579 dengan yuran sebanyak RM50/seorang sahaja. Insya Allah. Kita belajar sampai pandai! <3

Kelas ONLINE TELEGRAM saya adalah one-to-one session untuk memudahkan saya fokus dengan lebih baik. Insya Allah.

#kelasmengait
#knittingclass
#kelasmengaitonline
#belajarmengait

Belajar Crochet: Kait Coaster Dua Warna

Ambil benang. Kait kait kait. Jadilah coaster comel untuk mug saya. Anda anda mug kesayangan? Atau en.suami atau orang yang tersayang ada mug kesayangan?

Mari.. cikgu nak ajar mcm mana kait coaster comel mcm dalam gambar ni. Pattern kat bawah ya:

Cg pakai saiz 3.50 mm dengan benang kait Nako Pirlanta. Anda boleh kait guna benang yang ada. Seboleh2nya saiz DK worsted.

Nota:
1. Arahan di bawah untuk 1 kelopak. Ulang x 5 kali untuk dapat 5 kelopak mcm di gambar
2. Setiap arahan untuk setiap stitches. Tanda noktah disetiap arahan mewakili 1 stitch. Contohnya: 2dc.2dc. bermaksud 2dc dalam 1 st. 2dc dalam 1 st seterusnya.

Ch4.
Slip stitch untuk form ring.
Round 1: 10 Dc.ss.
Round 2: (2 dc warna A. 2dc warna B) ulang () sampai habis round. ss
Round 3. : [(2dc.2dc) warna A . (dc.dc) warna B] ulang [] sampai habis round. ss
Round 4 : [(2dc.dc.dc.2dc) warna A. (dc.dc) warna B] ulang [] sampai habis round. ss
Round 5: [(2dc.dc.2dc.2dc.dc.2dc) warna A. (dc.dc) warna B] ulang [] sampai habis round. ss
Roudnd 6: [(2sc.sc.sc.sc.2sc.2sc.sc.sc.sc.2sc) – (sc.sc) ] ulang sampai habis guna warna A atau B (1 warna sahaja). ss

ch. chain
dc. double crochet
sc. single crochet
ss. slip stitch

Gunting tali lebihan. Kemaskan. siap 😉 Selamat mencuba.