[INFO BENANG KAIT]- jom tambah ilmu!
“Benang ni 3-ply kah?”
Dulu saya pernah kongsikan sebuah artikel berkenaan dengan berat benang kait. Berat disini yang dimaksudkan untuk benang kait ialah ketebalan sesuatu benang kait tersebut.

Penggunaan *Ply* ketika hendak menentukan tebal benang kait pada suatu ketika dahulu mungkin masih relevan disebabkan pada masa itu, jenis benang kait yang ada dipasaran tiada kepelbagaian. Maka ketebalan benang kait banyak ditentukan dengan menggunakan istilah *Ply* dimana, istilah ini masih digunakan sehingga sekarang.
Pun begitu, merentas
zaman yang semakin canggih ini, benang kait turut mengalami evolusi yang
hebat dan kini pelbagai jenis benang kait boleh didapati di pasaran
dunia.
Oleh kerana itu, penggunaan *Ply* sudah semakin kurang tepat dalam menentukan ketebalan benang kait.
Apabila saya menerima soalan berkenaan dengan Ply benang kait, saya sebenarnya agak berat untuk menjawabnya dengan istilah Ply tetapi lebih suka saya memberikan jawapan menggunakan istilah seperti Sport, DK, Worsted, Aran dan lain lain (Swipe gambar ke kiri untuk melihat istilah yang saya kongsikan di atas)
Belajar benda baru seperti ini akan membantu anda untuk mencari benang kait yang sesuai dengan pattern-pattern yang ingin dikait. Insya Allah ?
P.S:
Gambar di atas adalah rujukan anda mengapa penggunaan PLY sebenarnya
tidak begitu relevan dalam menentukan berat benang kait. Kecuali jika
anda maksudkan istilah 3-ply itu adalah fingering dan 8-ply itu adalah
DK.
###
Gambar 1: Gazzal Baby Cotton 50gm- 5 ply – Sport weight
Gambar 2: Benang MC 50gm – 5 ply – Aran
Gambar 3: Daknitnatural 100gm – 15 ply – Worsted
Anda baca sampai habis? Tahniah saya ucapkan ??
#majalahkait
#erysenimengait #knitting #benangkait #benangkaitturki #benangkaitmalaysia #crochet #crochetmalaysia #örgülerim #mengait #yarn #daknityarnshop #daknit #kaitmengait #crocheter #crochetforinstagram #crochetando #knittersofinstagram #knittingaddict #yarns #yarnaddict