Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga pengunjung-pengunjung Senimengait.Com sentiasa di bawah rahmat Allah dan sihat-sihat belaka.
Hari ini saya nak kongsikan tentang GAUGE 🙂
Gauge biasanya penting apabila kita ingin mengait barang kait yang berasaskan pakaian, topi, socks dan shawl. Gauge kurang penting bagi barang kait yang tidak memerlukan ukuran yang spesifik. Kadang-kdang kita nak buat saiz budak-budak, tapi yang ada hanya saiz bayi. Nak buat saiz dewasa pula, tapi yang ada saiz kanak-kanak. Peningkan?
Apabila saya hendak menulis pattern ataupun menghasilkan projek baru, saya pasti akan mulakan dengan menentukan gauge terlebih dahulu. Jika agak sukar untuk mendapatkan ukuran berdasarkan badan sebenar, saya akann ukur pada baju-baju yang sedia ada. Ini lebih mudah! Tetapi ralat pasti ada.
Sebenarnya, kalau kita rajin sikit, insya Allah, mudah saja mengait berdasarkan saiz yang diinginkan. Sebab itu, kita kena tahu apa itu GAUGE.
Apa yang anda perlu tahu tentang GAUGE?
1. Saiz pemakai (membuat ukuran standard seperti bahu, dada, lengan, back, front etc…)
2. Jenis benang yang digunakan
3. Jenis jarum yang digunakan
4. Anda perlu membuat sample swatch untuk menentukan ukuran yang tepat.
AMARAN:
Jarum yang berlainan saiz walaupun kita menggunakan benang yang sama akan menghasilkan ukuran yang sangat berbeza walaupun hanya berbeza diamater sebanyak 0.5 mm!
JARUM DAN BENANG:
Anda boleh menggunakan pembaris biasa ataupun pembaris khas untuk membuat ukuran GAUGE (seperti jenama Susan Bates).
Setiap saiz akan menghasilkan ukura berbeza sekurang-kurangnya perbezaan itu adalah lebih kurang dalam 0.5 to 1 inci jika jarum yang digunakan mempunyai perbezaan 0.5 mm diamater.
KERANA itu, benang yang tebal lebih sesuai dikait menggunakan jarum yang berdiameter besar dan juga benang yang halus lebih sesuai dikait menggunakan jarum yang berdiameter kecil. Namun, jika anda memerlukan efek LACE, bolehlah menggunakan jarum yang lebih besar dari yang dicadangkan. Contohnya seperti jika anda ingin mengait shawl/scarf.
Jarum yang digunakan untuk benang yang benar-benar tepat seperti yang dicadangkan pada label benang akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut dan tension benang akan lebih kemas dan cantik.
(photocredit to: www.justcraftyenough.com)
(photocredit to: www.sheepandstitch.com)
CARA MENGUKUR:
Jika anda menggunakan pattern, anda boleh tentukan gauge anda berdasarkan gauge yang diberikan pada pattern. Ini biasa berlaku jika benang yang kita gunakan tidak sama seperti benang yang dicadangkan pada pattern.
Contohnya:
Pattern mencadangkan benang NAKO Baby Luks Minnos tetapi anda ingin menggunakan benang kait dari jenama NONA.
Menurut label benang kait NAKO Baby Luks Minnos, gauge benang ini apabila menggunakan jarum knitting bersaiz 4.00 mm, hasil swatch yang akan diperolehi ialah:
11 stiches = 2 inch
16 rows = 2 inch (using 4.00 mm needle)
bermaksud, berdasarkan swatch yang dikait, saya mendapati bahawa apabila menggunakan jarum bersaiz knitting 4.00 mm, diukur pada bahagian RIGHT SIDE swatch, 11 stitches akan menghasilkan 2 inci dan 16 rows akan menghasil 2 inci.
Katakan, bahagian dada adalah sepanjang 19 inci.
Bermaksud, formula yang digunakan ialah:
2 inci = 11 stitches
19 inci = (19 x 11) / 2 = 104.5 stitches, dibundarkan 105 stitches.
Manakala katakan panjang dada ke pinggang ialah 10 inci, maka untuk bahagian ini kita akan lihat pada rows.
2 inci = 16 rows
10 inci = (10 x 16) / 2 = 80 rows.
Oleh itu, berdasarkan formula ini, kita dapati bahawa ukuran di atas adalah ukuran yang diperolehi apabila menggunakan benang kait NAKO Baby Luks Minnos.
Bagaimana pula jika anda menggunakan benang kait NONA dan terpaksa menggunakan jarum bersaiz lebih kecil kerana 4.00 mm merupakan saiz yang besar untuk benang NONA.
Jangan risau, menggunakan formula yang sama, anda boleh mendapat kan hasil yang sama saiz hanya menggunakan benang NONA.
Pertama sekali:
1. Menggunakan jarum bersaiz 3.00 mm ataupun saiz yang bersesuaian, dapatkan swatch menggunakan benang kait NONA dahulu.
2. Kemudian, ukur swatch tersebut menggunakan pembaris sebanyak 2 inci ataupun 4 inci.
3. Rekod.
Anda akan dapati, benang NONA akan menghasilkan stitch dan rows yang lebih banyak berbanding benang NAKO tadi.
Ini kerana semakin kecil benang, semakin banyak stitches yang akan digunakan dan sebaliknya. Tetapi bagaimana pula benang yang tebal sehingga menggunakan jarum bersaiz 6mm -8mm?
Biasanya benang tebal adalah lebih pendek. Semakin pendek benang tersebut, semakin banyak benang yang hendak digunakan walaupun gauge yang anda dapat lebih jimat menggunakan benang tebal 🙂 (berdasarkan pengalaman).
Bagaimana pula dengan yang mengait CROCHET?
Apabila kita hanya menggunakan stitch A, maka buatlah ukuran berdasarkan stitch A. Jika menggunakan stitch B, maka ukurlah mengikut stitch B.
Jika menggunakan bunga pattern seperti cable/shell yang banyak etc, maka ukurlah mengikut bunga pattern itu.
Cara ini akan membantu anda untuk mendapatkan GAUGE sebenar dan tidaklah berlaku kesilapan kait buka kait sepanjang proses menyiapkan hasil anda 🙂
Orang puteh kata, rajin-rajinlah kait swatch supaya masa anda lebih jimat! <3
Semoga artikel ini sedikit sebanyak akan membantu sahabat-sahabat mengait. Jika ada soalan, boleh tanya di komen box.
UPDATED:
Basic Information as a knitter that you should know (adapted from Debbie Bliss Pattern: http://blog.deramores.com/knit-for-peace/)
**
The quantities of yarn are based on average requirements and are
therefore approximate. It is essential to work to the stated tension
and you should always knit a tension square before starting. If you
have too many stitches to 10cm/4in your tension is tight and you
should change to a larger needle. If there are too few stitches, your
tension is loose and you should change to a smaller needle.
Ery,
www.senimengait.com
More about sizing:
http://www.craftyarncouncil.com/sizing.html