Pattern written on JUNE, 9 2018 by Ery
Tutorial yang saya kongsikan di bawah adalah menggunakan:
Jarum Crochet bersaiz 2.50 mm
Benang Kait #madeinturkey jenama KARTOPU 100 GRAM 200 M (Baby Natural) – anda perlu gunakan benang kait yang hampir sama dengan jenis benang ini jika mahu dapatkan saiz yang saya kongsikan (lebih kurang saiz kaki 38/39)
Gunting
Jika menggunakan benang kait cotton pastikan anda mengambil kira saiz selepas dicuci kerana kemungkinan besar patik akan mengecut/membesar sedikit bergantung jenis material benang selepas dibasuh (dalam 1/2 inch)

Untuk saiz kanak-kanak (3 to 6 tahun) gunakan jarum kait 2.00 mm untuk benang kait dalam kategori baby yarn/medium 3 dengan bilangan sts yang sama/dikurangkan@ditambah increase dalam 2@4 sts oada round 4. Boleh tukar saiz jarum ke 2.50mm@3.00 mm jika hasil increase agak kecil diameternya pada round 4.
**jika anda ikut sepenuhnya tanpa mengubah saiz jarum dan benang dan terasa longgar sedikit, tukar jarum 1 saiz lebih kecil atau jika terlalu ketat, tukar ke jarum 1 saiz lebih besar.


Round 1: 12 DC dalam magic ring. SS.
Round 2: 2 dc dalam setiap stitch (24 dcs)
Round 3: (1dc, 2dc) x 12 kali (36 dcs)
Round 4: (1dc,1dc, 2dc) x 12 kali (48 sts)


Round 9:
(chain 3, skip 1 st, sc) x 10 kali. chain 1, skip 1 st, dc di setiap st (25 dc),
Round 10:
ch 1, sc, (ch3, sc) x 9 kali, chain 2, dc dalam ch1- space, dc di setiap st (25 dc), dc dalam ch1-space,
Round 11:
ch 2, sc, (ch 3, sc) x 8 kali, chain 3, dc dalam ch2- space, dc di setiap st (27 dc), dc dalam ch2-space,
Round 12:
ch 3, sc, (ch 3, sc) x 7 kali, chain 4, dc dalam ch3- space, dc di setiap st (29 dc), dc dalam ch3-space,
Round 13:
ch 4, sc, (ch 3, sc) x 6 kali, chain 5, dc dalam ch4- space, dc di setiap st (31 dc), dc dalam ch4-space,
Round 14:
ch 5 , sc, (ch 3, sc) x 5 kali, chain 6, dc dalam ch5- space, dc di setiap st (33 dc), dc dalam ch5-space,
Round 15:
ch 6, sc, (ch 3, sc) x 4 kali, chain 7, dc dalam ch6- space, dc di setiap st (35 dc), dc dalam ch6-space,
Round 16:
ch 7, sc, (ch3, sc) x 3 kali, sc, chain 8, dc dalam ch7- space, dc di setiap st (37 dc), dc dalam ch7-space,
Round 17:
ch 8, (sc, ch 3) x 2 kali, sc, chain 9, dc dalam ch8- space, dc di setiap st (39 dc), dc dalam ch8-space,
Round 18:
ch 9, (sc, ch 3) sc, chain 10, dc dalam ch9- space, dc di setiap st (41 dc), dc dalam ch9-space,
ch10, slip stitch dengan kemas pada space, potong benang, kemaskan.

Total dc : 43 dc

Row 1: Pick up DC pada sebelah kiri projek dari hadapan. Dc sebanyak 43 sts.

Row 7: 47 dc
Row 8 -10 : dc 20, sc 7, dc 20
Row 11: hdc 20, sc2tog, sc 3, sc2tog, hdc20 (45 sts)






PERINGATAN
- Tutorial yang saya akan kongsikan di group ini anda boleh kongsikan di FB anda tanpa ubahsuai apa pun hasil tutorial yang saya kongsikan disini termasuk gambar ataupun tulisan dan dengan syarat sila letakkan sekali LINK agar ramai yang boleh join belajar kait Turkish Patik.
- Jika anda share, mohon Tag saya di FB (Er EroΔlu) atau IG saya di @erysenimengait sebagai tanda penghargaan dengan ucapan terima kasih dan sokongan anda untuk aktiviti #belajarmengait bersama #erysenimengait juga bagi membantu mengaktifkan wall saya dan wall anda mana tahu ada yang mahu menempah melihat hasil anda juga. Lumayan juga tu kan?π
- Saya tidak ambil kredit untuk design pattern ini sebab design ini bukan idea asal saya. Tetapi olahan dan pengubahsuaian pada pattern telahpun saya improvise bagi mendapatkan saiz yang sesuai dengan kaki orang kita dan benang kait yang biasa diguna oleh crocheter Malaysia maka saya telah menulis tutorial ini dengan sebaiknya. Insya Allah. Pattern asal adalah sepenuhnya dalam Bahasa Turki (Boleh lihat di youtube #turkishpatik jika anda mahu belajar di youtube).
- Turkish patik ini kebanyakkan dikait menggunakan jarum crochet bersaiz halus bagi mendapatkan corak bunga yang lebih detail dan kemas. Jadi jangan tanya saya kalau pakai jarum besar macam mana mau ubahsuai ya. Anda cuba jaya sendiri ok? Saya hanya akan fokus pada hasil yang menggunakan jarum bersaiz kecil antara 2.0 mm hingga 3.00 mm sahaja.
- Saya tidak memanggilnya selipar/socks/sarung kaki kerana menurut suami saya Patik adalah satu nama khas untuk sarung kaki ini yang dipakai pada musim sejuk di negara beliau (Turki)