Kenangan Manis bersama Popular BookStore@Dec 2014

Alhamdulillah,

Hari ini teringat kembali sesi kelas mengait selama 2 hari di 1-Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Jemputan membuat workshop bersama Popular Bookstore sempena MEGA BOOK FAIR@ SABAH merupakan satu kejutan buat Da’Knit pada Dec 2014. Satu pengalaman yang sangat manis dan melalui pengalaman ini, saya belajar lebih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi dari semasa ke semasa.

Syukur Alhamdulillah, walaupun Workshop Mengait seperti ini adalah buat julung kalinya di adakan di Sabah, workshop mengait ini berjalan dengan lancar dan teratur. Terima kasih kepada Miss XP yang banyak memberikan kerjasama kepada pihak Da’Knit dalam menguruskan workshop tersebut.

Pelajar-pelajar yang turut serta menghadiri sesi workshop ini turut merasakan keseronokan belajar mengait Knitting & Crochet. Tidak jemu-jemu mereka mengasah bakat terpendam bersama kami. Saya, juga teman mengait saya yang menjadi salah seorang instructor pada 2 hari itu juga, iaitu Pn. Clearicy A Joseph ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah menjayakan workshop kami di 1 Borneo.

Semoga ada rezeki lagi untuk mengadakan sesi workshop ini bersama Popular Bookstore.

 

DSCF2733

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.