Free Crochet Pattern: The Supernova Coaster

Anak saya panggil sunflower. Saya pula tak pasti nak panggil apa coaster ni. Mungkin saya boleh namakan ia dengan nama “The Supernova”  Bila tengok pattern ni, terbayang-bayang rupa bintang seakan-akan hendak meletup. 

Pattern ni asalnya hendak dijadikan topi lama dulu. Tapi biasalah.. akhirnya berhenti di tengah jalan. Hihihi.. pun begitu, Alhamdulillah hari ini ada kesempatan hendak membuat pattern ini sekali lagi. Anak saya juga sukakan coaster ni. Katanya hendak dijadikan sebagai scrubber. Seronok pula saya dengar.

Insya Allah saya akan cuba videokan pattern ini untuk dicuba oleh anda pula. Jangan lupa share dengan saya apabila telah siap ya? Jika anda rajin bolehlah pelbagaikan dengan pelbagai warna. 

Pattern ini mungkin serupa dengan pattern-pattern sedia ada tetapi pasti tidak sama dengan hasil yang saya ilhamkan ini. Insya Allah. Anda pasti ketagih membuatnya ? Selamat mencuba!

Pattern by @erysenimengait

Material:

Crochet hook 4.00mm

DK worsted yarn

*Gauge is not critical. 

Keyword:

ch – chain

dc – double crochet

4dc cluster – 4dc in 1 join

ss – slip stitch

ch1sp – chain 1 space

xxxx

Instruction:

Ch 4. Join to form ring.

R1: (4dc cluster. ch1) x 6 times in ring. ss on 1st ch of 1st cluster. ss on next 1chsp.

R2: [ (4dc cluster.ch1.4dc cluster) in ch1sp between 2 clusters.] x 6 times. 

ss on 1st ch of 1st cluster. ss on next 1chsp.

R3: [ (4dc cluster.ch1.4dc cluster) in ch1sp between 2 clusters.4dc cluster.ch1.4dc cluster.ch1] x 6 times. ss on 1st ch of 1st cluster. ss on next 1chsp.

Final round: [(ch3.2dc) in the same loop.] x repeat in every ch1sp. ss. weave off.

Have fun making ??

Membaca Crochet Diagram/Chart

Assalamualaikum dan selam sejahtera,

Alhamdulillah di pagi ini saya berkesempatan untuk membuat post terbaru. Di post ini, kita akan belajar cara membaca DIAGRAM/CHART untuk CROCHET pula ya (Mengait Jarum Satu)

Cara Membaca Crochet Diagram/Chart

Apakah yang anda perlu tahu tentang crochet diagram?

Berikut adalah simbol-simbol crochet yang biasa ditemui dan standard bagi pattern-pattern mengait jarum satu.

symbols2

Ketika hendak mengait bedasarkan pattern yang menggunakan simbol, pastikan anda:

1. Tahu – nama mata kaitan – simbol tersebut.
2. Tahu cara mengait mata kaitan tersebut.

Contohnya, seperti di atas simbol ” X ” membawa maksud single crochet bagi US term dan double crochet bagi British term. Oleh itu, pastikan anda membaca pattern tersebut dengan teliti bagi melihat jenis TERM yang digunakan. Untuk pattern diagram JEPUN, simbol yang digunakan adalah SAMA seperti US term.

Jenis-jenis diagram/chart yang ada pada pattern Crochet:
i. JENIS MEMBULAT (CIRCLE)

ii. JENIS BARIS DEMI BARIS (ROW)

Mari buat latihan ringkas 🙂

feature-read-crochet-chart-tutorial

Bolehkah anda menamakan setiap simbol berwarna hitam, biru, merah dan hijau di atas mengikut JAPANESE TERMS?

simbol berbentuk oval = ___________________

simbol berbentuk titik noktah = ____________________

simbol berbentuk tiang elektrik = __________________

simbol berbentuk X = ____________________

Jawapan:

simbol berbentuk oval = CHAIN

simbol berbentuk titik noktah = SLIP STITCH

simbol berbentuk tiang elektrik = DOUBLE CROCHET

simbol berbentuk X = SINGLE CROCHET

Cara Membaca Pattern Crochet Jenis Diagram/Chart

Jenis membulat (circle)

Dikait secara membulat (in the round).

arrow

Cara membaca pattern di atas:

1. Bermula dari tengah = perhatikan arah anak panah. pattern diagram yang bentuk membulat biasanya dikait bermula dari tengah dan melawan arah jam.Mari kita lihat maksud NOMBOR 1, 2, 3, dan 4 dalam setiap pusingan di bawah.

Nombor 1 bermaksud pusingan/round pertama (berwarna hitam)

Nombor 2 bermaksud pusingan/round kedua (berwarna biru)

Nombor 3 bermaksud pusingan/round ketiga (berwarna merah)

Nombor 4 bermaksud pusingan/round keempat (berwarna hijau)

2. Setiap simbol adalah mewakili 1 mata kaitan. Contohnya:

Pada pusingan pertama, terdapat 4 mata kaitan yang bernama CHAIN dan 1 SLIP STITCH.

Pada pusingan kedua pula, terdapat 1 mata kaitan CHAIN, 9 SINGLE CROCHET dan 1 SLIP STITCH.

Pada pusingan ketiga pula, terdapat 27 CHAIN, 7 DOUBLE CROCHET dan 1 SLIP STITCH.

Pada pusingan keempat pula, terdapat 27 CHAIN, 23 DOUBLE CROCHET dan 1 SLIP STITCH.

Bermula dari pusingan pertama, kait setiap simbol dan “JOIN” untuk membentuk “BULATAN” dengan menggunakan teknik SLIP STITCH. Kait mengikut simbol-simbol ini satu persatu sehingga habis pusingan.

arrow1

 

 

SIMBOL ini bermaksud anda perlu mengait DOUBLE CROCHET sebanyak 3 kali di dalam satu lubang. Teknik ini dipanggil sebagai “INCREASE” iaitu menambah bilangan mata kaitan.

 

 

 

Jenis baris demi baris (Row)

example-chart-1

Berbeza dari pattern diagram/chart jenis membulat, jenis baris demi baris pula dikait depan dan belakang dari kanan ke kiri, kiri ke kanan dan sebaliknya.

Cara membaca pattern di atas:

1. Untuk membuat tapak, kaitan biasa dimulakan dengan mengait CHAIN. Kemudian, pada baris <1 dari kanan, kait setiap simbol satu persatu sehingga habis baris. IKUT ARAH anak panah berwarna MERAH.

SEPERTI di BARIS <1, SINGLE CROCHET dikait pada setiap lubang CHAIN satu persatu. MAKSUD X di atas O ialah single crochet di kait di dalam lubang O yang sebaris denganya. (pastikan anda membuat kiraan dengan betul agar tidak ada yang terlebih/terkurang mata kaitannya sewaktu mengait pattern tersebut)

—-

Untuk pemula, membaca pattern adalah sesuatu yang mencabar dan boleh menyebabkan rasa “mustahil”. Jangan risau! Ikut tips ini dan insya Allah, anda akan terkejut betapa mudahnya sebenarnya mengait ini 🙂

TIPS:

1. Jangan terus-terus memulakan projek tanpa menguasai ASAS mengait CROCHET terlebih dahulu. Kuatkan asas anda dengan membuat latihan-latihan mengait yang mudah seperti projek yang hanya memerlukan anda mengait baris demi baris.

Belajar asas crochet di: http://www.senimengait.com/crochet/

2. Fahamkan maksud simbol/abbreviations (jika menggunakan pattern bertulis Bahasa Inggeris) dan cara mengait mata kaitan bagi setiap simbol itu,

3. Latihan yang banyak. Praktis, praktis dan praktis!

4. Mulakan dengan pattern yang mudah seperti di bawah ini:
11412177_1075729945788945_6473568298899760302_n

Selamat mencuba! <3