Free Knitting Pattern : The Little Maple Hat (Newborn size)

Material:

100 gram Kartopu Baby Natural (200 m/100gram/49% cotton 51% acrylic)
Yarn weight: 4 Worsted & Aran
3.50 mm Knitting Circular Needles 40 cm length

Gauge:


1 complete maple stitch gives 1 inch x 1 inch (as shown in red box).
In ribbing stitch (k2,p2,k2)- rows x sts – 1 inch x 1 inch – 8 rows x 6 sts with 3.50 mm needles.

Note:

1. The instruction below is for newborn size to 1 month.
2. If you would like to readjust the size for baby 6 months old to 1 year old, you can change the needles size to 1 or 2 size bigger than the suggested above. Or just do your gauge to save time πŸ™‚ .
3. Maple stitch is done on knit sts only. (in our case, we have 2 knit sts, 2 purl sts)
4. Don’t be surprise to see no BO involved in this pattern ok?

Maple stitch:

Round 1 : [k 2nd st tbl, k 1st st from the front loop, drop the 2nd st, p2] x repeat till end
Round 2 – 4 : [K2, P2] repeat till end.

Knitting Abbreviations:

Co – Cast On
K – Knit
P – Purl
St /s- Stitch/s
Tbl – Tru back loop
P2tog – Purl 2 stitches together
K2tog – Knit 2 stitches together

Instructions:

Co 80 sts.
Round 1 – 8 : [K2, P2] x repeat till end.

Round 9 – Round 12: Follow maple stitch pattern above

Repeat this 4 rounds for maple stitch until you get 8 complete maple stitch in 1 column before decreasing (40 rounds as total from cast on)

Round 41: [K2, P2tog, K2, P2] x repeat til end

Round 42: [K2, P1, K2, P2tog] x repeat til end

Round 43: [K2tog, P1] x repeat til end [ 20 sts left on needle]

K2tog for 10 more times [10 sts left on needle]

Leave about 10 cm tail, cut the yarn, using tapestry needle, bring the tail through all the 10 loops. Pull it tight and tie it neatly. Make a pom pom and attach on the top.

Done! πŸ™‚

How’s that? I guess, this is the most easiest – complex sts look – pattern ever written, right? ^__^ hope you enjoy making one!

Note: Please contact me if you found any error with this pattern. I am not responsible for the result you gain by using my pattern if you knit/crochet with different yarns. Thank you for trying out this design! Do share with me your project using this pattern. Pattern is copyrighted. Hope you enjoy making my pattern πŸ™‚

Written by,

Er EROGLU (snowhitery – ravelry)

 

Belajar Crochet: Kait Coaster Dua Warna

Ambil benang. Kait kait kait. Jadilah coaster comel untuk mug saya. Anda anda mug kesayangan? Atau en.suami atau orang yang tersayang ada mug kesayangan?

Mari.. cikgu nak ajar mcm mana kait coaster comel mcm dalam gambar ni. Pattern kat bawah ya:

Cg pakai saiz 3.50 mm dengan benang kait Nako Pirlanta. Anda boleh kait guna benang yang ada. Seboleh2nya saiz DK worsted.

Nota:
1. Arahan di bawah untuk 1 kelopak. Ulang x 5 kali untuk dapat 5 kelopak mcm di gambar
2. Setiap arahan untuk setiap stitches. Tanda noktah disetiap arahan mewakili 1 stitch. Contohnya: 2dc.2dc. bermaksud 2dc dalam 1 st. 2dc dalam 1 st seterusnya.

Ch4.
Slip stitch untuk form ring.
Round 1: 10 Dc.ss.
Round 2: (2 dc warna A. 2dc warna B) ulang () sampai habis round. ss
Round 3. : [(2dc.2dc) warna A . (dc.dc) warna B] ulang [] sampai habis round. ss
Round 4 : [(2dc.dc.dc.2dc) warna A. (dc.dc) warna B] ulang [] sampai habis round. ss
Round 5: [(2dc.dc.2dc.2dc.dc.2dc) warna A. (dc.dc) warna B] ulang [] sampai habis round. ss
Roudnd 6: [(2sc.sc.sc.sc.2sc.2sc.sc.sc.sc.2sc) – (sc.sc) ] ulang sampai habis guna warna A atau B (1 warna sahaja). ss

ch. chain
dc. double crochet
sc. single crochet
ss. slip stitch

Gunting tali lebihan. Kemaskan. siap πŸ˜‰ Selamat mencuba.

Belajar Knitting di YOUTUBE Channel Kami

13165871_1095080723848771_7352193016785588894_n

https://m.youtube.com/watch?v=L1zuobdz_w0
Jom belajar knitting secara percuma ❀
**
Dapatkan KIT belajar knitting di www.daknit.com

Tutorial Mengait Topi: Ruffle Hat (Knitting Version)

Assalamualaikum semua πŸ™‚ selamat datang ke da’knit! hari ni.. memandangkan saya free sangat-sangat, alhamdulillah… dengan FREE yang ada hari ni, saya terfikir untuk membuat tutorial mengait topi baby ruffle version

Pattern asal boleh didapati di Bernat.Com (Search : Ruffle Hat (to knit)) – perlu register dahulu untuk download di website ini.

AMARAN: ANDA PERLU MAHIR KESEMUA 4 ASAS MENGAIT JARUM DUA UNTUK MEMBUAT PATTERN NI.

SKILL: EASY

Ok.. Untuk mengait pattern ni, material yang saya gunakan ialah:

Benang Viscose Premium – sangat lembut dan sejuk. Sesuai untuk dipakai oleh baby, Jarum knitting saiz 4.00mm, Pattern dari Bernat.Com

Mengikut pattern yang tertulis, Gauge bagi pattern ini ialah 23 sts dan 30 rows = 4 inci (10cm) untuk stockinette stitch. Belajar buat stockinette stitch di sini

Permulaan, asas yang perlu anda tahu untuk mengait topi ini ialah:

1. Cast on LONG TAIL CAST ON

2. KNIT

3. PURL

4. BIND OFF

5. MAKE ONE – increase stitch

6. JAHIT TEPI/SEW SEAM menggunakan crochet hook saiz 3.00mm.

ARAHAN PATTERN:

Cast On 9 sts (membuat tapak kaitan sebanyak 9 sts menggunakan LONG TAIL CAST ON seperti gambar di bawah)

Kemudian, baris pertama bermula. Iaitu:

Row 1/Baris 1: (RS- Right Side) (K1,yfwd) 8 times, K1. 17 sts [ Dibaris pertama ini, kita akan membuat (Knit, kemudian letakkan working yarn (iaitu tali benang bersambung pada benang ke hadapan)] ULANG langkah di dalam kurungan ini sebanyak 8 kali, sehingga tiba di stitch yang terkahir kita kait K1 (knit 1 kali). Jumlah keseluruhan stitches ialah 17 sts.

Pada baris seterusnya iaitu, baris ke-2, arahan adalah seperti:

Row 2 and alt (alternate row)/Baris 2 dan setiap baris yang sama (iaitu seperti, 2,4,6,8..) – WS wrong side: PURL (Purl hingga akhir baris) NOTE: Pada baris ini, anda akan mengait kesemua stitches seperti biasa. Kait PURL setiap lubang yang ada juga. Lubang yang terhasil adalah akibat daripada YARN FORWARD tadi.

Kemudian, setelah habis baris ini dikait, anda akan dapati terhasil lubang dan jumlah stitches masih 17 stitches.

Setelah itu, pada baris seterusnya ialah:

ROW 3: K1 (yfwd, K2) 8 times, 25 stitches as total – Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 2) ulang langkah ini 8 kali.

ROW 4,6,8: PURL – setiap baris genap, kait PURL.

ROW 5: K1 (yfwd, K3) 8 times, 33 stitches as total –Β  Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 3) ulang langkah ini 8 kali.

ROW 7: K1 (yfwd, K4) 8 times, 41 stitches as total – Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 4) ulang langkah ini 8 kali.

ROW 9: K1 (yfwd, K5) 8 times, 49 stitches as total – Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 5) ulang langkah ini 8 kali.

Arahan seterusnya ialah:

Cont (continue) in same manner, inc (increase) 8 stitches on next and every following alt (alternate) row to 89 (97-97-105) sts.

NOTE: Disini, arahan bermaksud, apabila kita telah increase sebanyak 8 stitches sehingga baris ke 9 tadi, anda perlu teruskan INCREASE dalam keadaan yang sama sehingga mencapai stitches yang anda inginkan iaitu sama ada 89 (97-97-105) sts. PERHATIKAN NOMBOR YANG BER-BOLD UNGU.Β  Setiap increase yang berlaku disini bertambah sebanyak 1 nombor, iaitu bermula dari K1, kemudian K2, K3, K4 dan akhir baris 9 ialah K5. Teruskan baris GANJIL dengan manambahkan 1 stitches pada K tadi, iaitu, pada baris 11,13,15 dan seterusnya, tambah 1 stitches pada bahagian dalam kurungan seperti K1 (yfwd, Kn+1 di mana n adalah nombor) dan ulang langkah ini sehingga habis baris, manakala bagi setiap baris GENAP dikait PURL. Maka hasil yang akan anda dapat adalah seperti gambar di bawah:

Arahan seterusnya:

Cont. (continue) in stocking stΒ  even until work from marked row measures 3 inc or 7.5cm ( setelah habis baris PURL, teruskan mengait dan TIDAK PERLU INCREASE LAGI dalam bentuk stockinette stitch pattern iaitu Knit 1 baris, Purl 1 baris dan ulang sehingga panjang yang dikehendaki) seperti gambar di bawah:

Setelah selesai mengait bahagian BODY PART.. untuk bahagian BRIM arahan seterusnya ialah:

Ruffle: RS – Right Side : *K1, M1* Repeat from * until last stitches, K1, Maksudnya, pada baris seterusnya di bahagian RIGHT SIDE untuk membuat ruffle, *Knit 1, Make 1* ulang langkah dari * ke * sehingga tiba di stitch yang terakhir, Knit 1. Untuk Make One, lihat TUTORIAL MAKE ONE ini.

Kemudian, arahan seterusnya:

Knit 6 rows in garter stitch. Iaitu, kait 6 baris seterusnya dengan kaitan KNIT sahaja. Knit 1 baris dan Knit lagi 1 baris menghasilkan GARTER STITCH PATTERN. Setelah habis kait 6 baris, BIND OFF dan tinggalkan sedikit tali benang untuk menutup kaitan.

Gunakan Crochet HOOK untuk menutup kedua belah bahagian seperti gambar di bawah.

Setelah siap di jahit menggunakan crochet hook, maka hasil yang akan anda dapati adalah seperti gambar di bawah πŸ™‚

TADA! Tambahkan bunga lagi untuk menampakkan seri topi yang cute! Yang ni saiznya ialah lebih kurang untuk 0-3 bulan baby. Anda boleh tambahkan lagi INCREASE untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.

Selamat mencuba!

Tutorial disediakan oleh Da’Knit, lawati kami di www.facebook.com/daknit untuk update terkini! Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com ataupun PM saya di Da’Knit FB PAGE. Terima kasih.

May Allah swt bless us all.

Tips memulakan belajar mengait baju!

Photo Credit: www.handmadematters.co

Kawan-kawan semua.. pernah tak terfikir nak belajar dan up level ke pattern yang lebih mencabar seperti mengait baju? Kalau ya.. teruskan membacaΒ  πŸ˜€

Da’Knit ingin berkongsi TIPS untuk menepis rasa gerun mencuba pattern mencabar. Banyak yang da’knit perhatikan kebiasaan ayat yang selalu diluahkan ialah:

1. Rasa susah.. tak berani nak cuba lagi…
2. Bilalah nak start belajar buat baju ni..
3. Susahnya baca instruction english..belit2 ayat dia..
4. Tak faham tengok diagram dan simbol..pening!

dan lain-lain luahan..

**
Da’Knit percaya setiap peminat dan penggemar mengait lebih-lebih lagi yang baru mula punya semangat yang tinggi utk belajar benda yang baru, so.. jum ambil peluang menggunakan semangat yang ada itu utk cabar diri anda mencuba pattern yang lebih umm! xD

::?

Tips:
1. Pastikan anda memahami benar-benar setiap abbreviations/istilah yang dinyatakan di dalam pattern sama ada knitting ataupun crochet. Contoh-contoh istilah/abbreviations adalah seperti Sc (single crochet), K (knit) etc…

2. Jangan segan-segan untuk bertanya kepada yang lebih arif untuk membantu, ataupun jikalau anda “confuse” dengan ayat yang ditulis, jangan lupa untuk rujuk kamus English. Sangat membantu! Ataupun jikalau anda jenis yang kurang bertanya.. rajin-rajin search kat google, ada ramai yang bertanyakan masalah yang hampir sama ketika mengait baju!

3. Simbol Jepun sangat mudah difahami jika anda hafal setiap simbol dan maksudnya. Setiap simbol itu ada cara kaitannya sendiri. Contohnya untuk SC (single crochet) simbol Jepun ialah ” x “. Jadi sebenarnya, menghafal dan memahami istilah+simbol amat membantu!

4. Ramai yang suka mulakan pattern baju dengan pattern yang banyak bunga. NOP! Jangan dulu πŸ™‚ Mulakan dengan pattern membuat baju yang banyak menggunakan SC (single crochet) ataupun DC (double crochet) untuk Jarum kait satu, manakala K (Knit) ataupun P (Purl) untuk jarum kait dua. Kerana menggunakan stitch yang asas untuk belajar kait baju membantu anda untuk memahami anatomi mengait baju dengan lebih baik.

5. Dan yang akhir! MULAKAN mengait BAJU BABY (0-3 months old) dahulu πŸ˜€ walaupun anda belum mempunyai baby yang comel (^-^) anda masih boleh belajar mengait baju menggunakan pattern baju baby. Ianya sangat membantu untuk anda memahami cara-cara asas mengait baju.

Ok.. apa kata, kita cuba dengan pattern mudah seperti ini:
http://bellabambinaknits.blogspot.com/2008/03/cardigan-for-babies.html (klik link untuk pattern) asasnya sangat mudah iaitu hanya melibatkan:
Ch: chain
DC: double crochet
SC: single crochet
St: stitch

SILA PASTIKAN ANDA MEMBACA ARAHAN PATTERN TERLEBIH DAHULU BAGI MENDAPATKAN – SAIZ – YANG ANDA INGINKAN.

Mari ambil jarum dan benang anda dan mulakan percubaan pertama ini! πŸ˜€ Selamat ber-crochet!

 

Knitting Hat Tutorial with 2 straight Needles by Da’Knit

Assalamualaikum semua.. alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untukΒ  membuat tutorial membuat topi yang paling ringkas dan senang bagi sesiapa yang ingin baru belajar mengait jarum dua. Semoga tutorial ini dapat membantu kita semua insyaAllah. NOTE: Saya menggunakan jarum circular tetapi cara tutorial ini adalah untuk jarum kait dua biasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 pasang jarum kait dua (1 pair of knitting needles) saiz 4.5mm

1 buku benang Magic Baby 100gm

1 batang jarum crochet (crochet hook) saiz 3.5mm

Gunting

Pattern:

Stockinette Stitch ( Asas yang perlu diketahui adalah Cast On, Knit, Purl dan Bind Off)

Ribbing ( 2 x 2 RIBBING = *KNiT 2 kali, PURL 2 Kali* ulang dari * ke * )

K2TOG , Knit 2 together (KNiT 2 sts sekali kaitan)

KNIT SIDE (right side)

PURL SIDE (wrong side)

Langkah-langkah:

1. Cast On menggunakan Long Tail Cast On sebanyak 72 sts.

Seperti gambar di atas, pastikan setelah membuat cast on, buat 2 x 2 RIBBING sebanyak 10 baris.

ROW 1 (right side) : *Knit 2, Purl 2* ulang dari * ke * sehingga habis baris pertama.Β  ROW 2 (wrong side) : *Purl 2, Knit 2* ulang dari * ke * sehingga habis baris kedua. ULANG ROW 1- ROW 2 sehingga 10 KALI.

2. Setelah selesai RIBBING, pada baris seterusnya .. kait KNiT sehingga habis baris pada KNiT SIDE. Kemudian, pada baris seterusnya, kait PURL sehingga habis baris pada PURL SIDE. Maksudnya, sebaris KNiT, sebaris PURL.

Teruskan mengait KNiT dan PURL sehingga panjang kaitan anda sekurang-kurangnya 10-15 cm dari Cast On (mengikut panjang yang anda suka)

Setelah itu, DECREASE akan bermula untuk membuat TOP.

Memandangkan bilangan stitches yang digunakan adalah nombor genap, maka kita boleh membuat DECREASE sebanyak 4 kali pada baris RIGHT SIDE. Merujuk pada gambar di atas, 72/4 = 18 sts. Bermakna, setiap sts yangΒ  ke 17 dan 18 kita akan buat K2TOG untuk decrease. K2TOG ialah Knit 2 together. STITCH MARKERS digunakan untuk menanda tempat berlakunya DECREASE. Maka, setiap 18 sts, kita letakkan Stitch Markers.

KNiT 2 TOGETHER pada 2 sts terakhir sebelum STiTCH MARKERS.

3. Seterusnya, pada RIGHT SIDE, lakukan DECREASE (k2tog) pada setiap SEBELUM Stitch Markers.

4. PADA SETIAP WRONG SIDE, kait PURL seperti biasa tanpa decrease.

5. ULANG LANGKAH 3-4 sehingga stitches yang tinggal di atas jarum hanya ada sekurang-kurangnya 8-12 sts. Setelah itu, BIND OFF stitches yang tinggal.

Dah siap BIND OFF…

Setelah itu, gunakan jarum crochet untuk mencantum belahan tadi melalui PURL SIDE.

YAY! Anda berjaya mengait topi πŸ˜€

Thanks to my hubby for willingly to be my hat model πŸ˜›

Untuk mendapatkan benang jenis ini.. anda bolehlah singgah ke kedai online kami di http://www.daknit.com untuk mendapatkan jarum dan benang-benang kait berkualiti dan selesa dipakai untuk projek mengait anda.

Jemput ke Facebook DA’KNiT untuk update terkini.

May Allah swt. bless us all. Thank you for hopping by! Happy knitting πŸ™‚

Jarum dan Benang.. :)

Assalmualaikum semua..

Alhamdulillah..Β  dapat juga saya postkan entry baru kali ni πŸ™‚ Especially lately, been busy with some tasks though its a holiday right now, still can’t help it. Life is always like that, isn’t it? xD

Alhamdulilah again, since I am out of made-to-order at the moment, so, I finally have my own time to continue with my pending WIP.

Right: Knitting WIP for a shawl, Left: Crochet WIP for a baby blanket

Shawl yang ni adalah percubaan kedua saya. Yang first tu.. masih lagi pending dan duduk diam kat dalam beg xD hehe.. jangan tanya bila siap πŸ˜› mmg lama rasanya nak siapkan yang tu.. since currently I’ve been focusing more with these two projects!

Shawl yang pertama tu, saya gunakan benang dari jenis Acrylic+Wool brand Alize Yun, dengan Circular ADDi 4mm x 60cm.. cara kaitan pun berbeza dari yang kedua ni. The first shawl start dari bahagian hujung, kemudian slolwy increase sehingga bahagian sebelah shawl siap dulu, dan decrease baru dapat satu shawl triangle yang besar.

Manakala shawl yang kedua ni *spt di atas gambar*, saya menggunakan benang 100% Magic baby acrylic dari ICE dengan jarum ADDi Circular 4mm x 80 cm..Β  menggunakan teknik yang berbeza, di mana shawlΒ  ni..Β  kita kaitΒ  bermula dari bahagian tengah dan kedua-dua bahagian shawl di kait serentak. If you notice, ada satu rangka kat bahagian tengah seolah-0lah macam tulang belakang πŸ™‚ kan? itu lah point tengah yang membahagikan kedua bahagian shawl. Unikkan? For me, this technique is quite easy and easy to detect the wings of the shawl and more faster to knit! I guess, 1 ball of the baby yarn will be enough to make size M-L shawl πŸ™‚ Can’t wait to finish this too!

Untuk yang blanket.. ni adalah projek yang betul2 mengambil masa saya..sebabnya.. mengait secara bulatan mencabar betul @_@ Compared to square blanket, this round blanket took more time to crochet as it turns bigger and bigger..Β  πŸ™ After this.. saya confirm tak mahu kait blanket secara in the round lagi huhuhu..Β  But did you notice the hooks that I put on the blanket? Ketika mengait blanket ni.. saya telah beberapa kali tukar crochet hook hanya semata-mata mencari keselesaan ketika mengait. Is that cerewet? :p hehe.. no lah kan xD

Dari bawah: Hamanaka Raku Raku, Clover Comfort Handle, Aluminium Comfort Handle (no brand) and Addi Comfort. They are all 3.5mm except the hamanaka comes with 3mm & 4mm sizes.

Sebagai crocheter, jika anda seorang yang sangat tegar mengait, masalah paling utama ialah sakit jari, isn’t it? The same thing happened to me too. Masalah bila terlalu lama mengait, tangan akan rasa lenguh dan jari-jemari mula berasa sakit. Jadi apa yang perlu dibuat? Kita kenalah rest sebentar dari terus mengait even projek berjela-jela panjang menunggu giliran untuk disiapkan T__T masalah kan?

And thus, these comfort handle hook is invented, especially for hard-core crocheter, to avoid stressing the fingers and to give more comfortable long-hours crocheting! πŸ™‚

For me, saya bukanlah seorang crocheter yang tegar.. tetapi sebagai peminat mengait, saya juga menginginkan keselesaan sewaktu mengait, how about you? πŸ™‚ Walaupun terpaksa melabur, tetapi, hasilnya sangat memuaskan hati apabila kita memperolehi keselesaan yang diinginkan ketika mengait. Jadi disini, saya ingin berkongsi review tentang hooks ni:

1. Hamanaka Raku Raku : One of the luxury hooks made in Japan, comes with 10 sizes *double ended*. Very comfortable. Permukaan aluminium hook ni sangat licin (seperti Tulip hook double ended) yang bonusnya handle ni very nice to grab. But, cuma ada satu masalah for me πŸ™Β  as a knife-holder, masih ada rasa yang kurang sewaktu menggunakan jarum ni (mungkin masih terdapat space kat tapak tangan yang rasa kurang selesa sewaktu memegang jarum ni) Akibatnya, menyebabkan kelancaran mengait kurang memuaskan. Walaupun macam tu, this is one of the best hook that a crocheter must try! Still I am sticking with this for this moment.

2. Clover Comfort Handle Hook: Yang ni pun best! Also made in Japan. Very suitable for knife-holder like me πŸ™‚ Saya suka pakai yang ni. They said, this crochet hook is very suitable for beginners. Aluminium hook pun licin dan jarang tersangkut benang sewaktu mengait. Only the small thing about this hook…. kadang2 permukaan aluminium dia membuatkan rasa gigi saya ngilu sikit xD hehe.. so, kesimpulannya.. kena kait dengan benang yang sesuai supaya tidak rasa ngilu! But I do suggest this hook for everyone too πŸ™‚

3. No Brand Aluminium Comfort Handle: Oh.. yang ni adalah yang paling affordable compared to the among four. This is made in China.. present in cute colours and very comfortable handle. Setelah beberapa kali mencuba yang ni.. ohhh saya memang jatuh cinta dengan handle dia! Pada awalnya.. apabila mengait menggunakan crochet hook ni.. terasa sedikit kesat.. tetapi setelah beberapa minit kaitan diteruskan, alhamdulillah.. permukaan badan hook semakin licin dan sangat laju ketika mengait. Not bad kan?! Sama baik dengan Hamanaka, Clover dan Addi! Apa yang saya sangat suka pada jarum ni ialah handlenya, 100% selesa pada saya. Hook sedikit tajam menyebabkan benang blh tersangkut tetapi boleh di-fix (macam mana? teruskan membaca πŸ™‚ )

Buat masa ni, saya sedang menyiapkan blanket di atas menggunakan jarum ni.. the result? Saya kait laju, tangan selesa sangat dan tiada rasa yang kurang sewaktu memegang crochet hook ni! Alangkah baiknya kalau Hamanaka mempunyai handle seperti ini πŸ™‚ The hook+the handle, will bring 100% comfortness. Ups.. jangan marah hamanaka πŸ˜›

4. ADDi Comfort Handle: Brand ADDi merupakan brand yang terkenal made in Germany. Speciality in ADDi is the nickle-plated knitting needles. Very smooth, very slippery, very fast πŸ™‚ and totally I am in love with the needles 100%. But this time, saya mencuba juga ADDi hook ini. The metal part is as slippery as the needles. Its good! Only the non-comfortable part for me is the handle and the hook itself. Kenapa? Sbb comfort handle ADDi sedikit “kurus” berbanding hamanaka dan clover. Jadi kurang sesuai juga dengan saya yang suka every space di dalam tangan saya penuh T_T oh pelikkah saya? But i think.. sesiapa yang menggunakan hook dengan cara pensil and doesn’t care about the empty space under the palm.. this hook is for you! Masalah pada hook, mungkin sebab tajam sikit, benang cepat tersangkut pada hook..tapi ni boleh disettle. Macam mana? Garukan sedikit hook tu kat atas semen utk tumpulkan sedikit hujungnya! Jangan garu lebih-lebih ok?Β  hehe..resultnya? Tiada lagi tersangkut-sangkut sewaktu mengait πŸ™‚

Woha! Hopefully entry kali ni menarik untuk dibaca πŸ™‚ Dah lama saya tidak berkongsi pendapat ttg hook. Semoga entry ni memberikan kebaikan dan manfaat kepada peminat2 crochet untuk memilih jarum terbaik buat projek mereka πŸ™‚ Maafkan saya di atas bahasa rojak saya…

Sebenarnya, keselesaan sesuatu hook itu masih bergantung pada individu itu sendiri. Ada juga yang knife-holder seperti saya suka pada hamanaka dan tiada masalah seperti saya. Kesimpulannya.. anda cuba dan anda lah yang menentukannya! Pendapat di atas tu hanya sekadar pendapat mentah saya tentang hook-hook ni.

Sehingga berjumpa lagi πŸ™‚

May Allah swt bless us all! Thank you for hopping by!