Tutorial Crochet: Slip Stitch (Ss)

Mata Kaitan: Slip Stitch
Abbreviations: Ss
Simbol JEPUN: Symbol_SlipStitch_small

slip1 slip2

1. Untuk membuat slip stitch, (biasanya slip stitch digunakan untuk mengemas kaitan ataupun mencantum) masukkan jarum pada lubang stitch seterusnya. Lilitkan benang dan tarik keluar dari lubang tadi sehingga membentuk 2 stitches pada jarum seperti gambar yang berikut.

slip3 slip4

2. Setelah itu, tarik pula stitch yang pertama bersebelahan dengan kepala hook dan masukkan ke dalam lubang pada stitch yang kedua seperti gambar di atas.

slip5

3. Ulang langkah ini untuk membuat slip stitch.

UPDATED (VIDEO VERSION:

Tutorial Crochet: Half Double Crochet (Hdc)

Mata Kaitan: Half Double Crochet
Abbreviations: Hdc
Simbo JEPUN:

halfur-studull-half-double-crochet

double1 double2

1. Untuk membuat half double crochet, lilitkan benang pada jarum dahulu dan kemudian, masukkan pada lubang stitch seterusnya.

double3 double4

2. Setelah itu, lilit benang dan tarik keluar dari lubang yang sama sehingga membentuk 3 stitches pada jarum. Kemudian, sekali lagi lilit benang pada jarum.

double5double6

3. Masukkan benang yang dililit pada jarum tadi terus ke dalam 3 lubang stitches pada jarum serentak. Ulang langkah ini untuk membentuk mata kaitan half double crochet.

TiPS:

Jika anda ingin mengait pada baris seterusnya, jika menggunakan half double crochet, kebiasannya kita akan mulakan dengan kait chain sebanyak 2- chain dahulu dan baru teruskan dengan kaitan half double crochet.

UPDATED (VIDEO VERSION):

Tutorial Crochet: Single Crochet (Sc)

Nama Kaitan: Single Crochet
ABBREVIATION: Sc
Simbol JEPUN: X

single1 single2

1. Setelah membuat chain, untuk membuat Single Crochet, katakan anda membuat 10 chain, masukkan jarum crochet ke dalam lubang chain ke-10 seperti gambar di atas, kemudian lilit benang pada jarum.

single3 single4

2. Tarik lilitan benang keluar dari lubang tadi, dan kini anda mempunyai 2 stitches pada jarum. Setelah itu, tarik lagi benang seperti gambar di atas.

single5 single6

3. Kemudian masukkan tali benang yang dililit tadi ke dalam 2 stitches serentak. Teruskan langkah ini untuk membuat mata kaitan single crochet.

UPDATED (VIDEO VERSION):