Knitting Pattern: Kait Seluar (Knit Pants) – MALAY VERSION

 

BABY PANTS (SAIZ 0-3 bulan)

GAUGE:  15 rows x 11 sts = 2 inch x 2 inch

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 buku benang kait 100 gram dalam kategori berat DK worsted (GAMBAR: NAKO BABY TWEED JOYFUL)

Jarum Knitting jenis circular (menggunakan saiz cable 40 cm) – **jika menggunakan cable 60 cm ke atas, boleh gunakan teknik magic loop.

Stitch marker/marker untuk digunakan sebagai tanda mula

Gunting untuk memotong benang lebihan.

Cara mengait seluar bayi (arahan):

Cast On 92 stitches.

Round 1 – Round 10                     : (K2, P2) , ulang arahan seperi di dalam () sehingga habis baris dan berakhir dengan P2.

Round 11 – Round 12     : Knit sehingga habis baris.

Round 13                                             : (K22, KFB) ulang arahan seperti di dalam () sehingga habis baris. ( di baris ini kita tambah 4 stitches)

Round 14                                             : Knit sehingga habis baris

Round 15                                             : (K23, KFB) ulang arahan seperti di dalam () sehingga habis baris (di baris ini kita tambah lagi 4 stitches)

Sehingga ROW 15, jumlah stitches ialah 100 stitches.

Teruskan knit sehingga panjang bahagian atas sebelum pembahagian kaki dibuat mencapai sekurang-kurangnya 18 cm dari baris cast on. Setelah siap, sambung langkah di bawah:

Bahagian Kaki (buat kanan dan kiri)

Menggunakan stitch holder, pindahkan 50 stitches pada stitch holder. Biarkan dahulu. Baki 50 stitches yang tinggal, knit in the round menggunakan teknik MAGIC LOOP seperti di bawah.

Round 1- Round 7            : Knit sehingga habis baris.

Round 8                               : SKPSSO, knit sehingga habis baris.

Round 9                               : Knit sehingga habis baris.

Round 10                             : SKPSSO, knit sehingga habis baris.

 

Sambung kait,

Round 11                             : (K1,P1) ulang arahan di dalam () sehingga habis baris.

Round 12                             : (P1,K1) ulang arahan di dalam () sehingga habis baris.

Ulang Round 11 – Round 12 sehingga sehingga panjang yang anda inginkan dan berakhir pada Row 12. Bind Off kaitan anda.

Pindahkan stitches pada stitch holder ke jarum knitting. Menggunakan teknik magic loop,

Ulang langkah di atas (berwarna merah) untuk kaki kiri pula.

Kemaskan kaitan dan lubang yang terhasil di tengah-tengah seluar. Siap untuk digayakan!

Selamat mencuba!

 

BABY HAT + POM POM

Arahan:

Cast On 84 stitches.

Round 1 – Round 10                        : (K2, P2) , ulang arahan seperi di dalam () sehingga habis baris dan berakhir dengan P2.

Setelah itu, sambung kait Knit sehingga panjang badan topi sebelum DECREASE bermula sekurang-kurangnya   11 cm dari baris cast on.

DECREASE:

Next round A                     : (K12, K2tog) ulang arahan seperti di dalam () sehingga habis baris.

Next round B                     : Knit sehingga habis baris.

Ulang Next round A – Next round B sehingga bilangan stitches yang tinggal pada jarum ialah 36 stitches. Kemudian,

Next round 1                     : (K12, K2tog) ulang arahan seperti di dalam () sehingga habis baris.

Next round 2 – 6              : Knit sehingga habis baris.

Ulang langkah ini sehingga hanya 6 stitches tinggal, tutup kaitan. Letakkan pom pom. Siap untuk digayakan!

Selamat belajar Knitting daripada saya, Ery <3

asdw4rt

r578

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan mengambil gambar bersama buku saya di IMAGO KK tadi hehe… terima kasih kepada sahabat-sahabat, pelanggan-pelanggan yang dikasihi yang sudahpun membeli buku ini. Selamat belajar Knitting dari saya, Ery Eroğlu. Sebarang feedback yang telah diberi amatlah saya hargai dan insya Allah akan diperbaiki mutunya dari semasa ke semasa, dengan izin Allah swt.

Mari beli Variasi Asas Knitting di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini!
‪#‎variasiasasknitting‬
‪#‎daknit‬

Ery,
2. May. 2015

Belajar Mengait SOCKS Menggunakan Circular Needles Bahagian ( II ) : Membuat HEEL & TURNING HEEL

Langkah demi langkah mengait socks menggunakan teknik MAGIC LOOP.

AMARAN KERAS:
Pastikan anda sudah mempunyai asas Knitting termasuk tahu teknik Increase dan Decrease untuk KAL kali ini.

EPISODE 2
Bahagian HEEL & TURNING HEEL:
Sila ikut langkah ini seperti yang tertera di dalam gambar

p/s: maaf sebab saya belum berkesempatan membuat video tutorial seperti yang dijanjikan. Insya Allah, saya akan cuba membuat video apabila masa mengizinkan.

Selamat mencuba!

10 11 12

Knitting: Knit Twin Leaf yang comel :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Post ini saya sudah publish-kan di laman saya yang satu lagi (http://www.aheys.com/knittingdanprojeksaya/leaf-and-knit/) dalam versi B.Inggeris. Pattern twin leaf ni sangat comel dan cantik dijadikan sebagai stitch tambahan dalam projek anda. Anda boleh guna pakai pattern stitch untuk untuk projek mengait topi, selimut, baju, dan beg. Bunga daunnya nampak sedikit complicated tetapi jikalau anda cuba langkah-demi langkah insya Allah ianya amat mudah sebenarnya.

1900119_781161761907337_7311140613265278162_n 10600553_781161721907341_6375594358805935876_n

Di atas adalah sampel yang saya kait menggunakan pattern di bawah. Cantikkan? Apatah lagi apabila hasilnya lebih menyerlah setelah di -blocking-. Pattern ini juga merupakan salah satu pattern yang digunakan untuk aktiviti Knit Along (KAL) bersama dengan ahli-ahli Group FB MKCC (Malaysia Knitting & Crochet Community).  Berikut adalah hasil dari sahabat dari MKCC yang berjaya menyiapkan pattern ini membentuk scarf leher yang sangat cantik.

IMAGE

Ok, semangat lihat hasil mereka, bukan? Jom sama-sama cuba. Saya juga telah sediakan tutorial untuk membantu anda memahami step awal pattern ini. Selamat mencuba !

Saya ada buat tutorial video ringkas (dimana saya menganggap anda sudah tahu asas knitting) untuk pattern Twin Leaf yang saya kongsikan untuk KAL

Di harap videonya membantu ya insya Allah. Kalau nak cuba, mesti kait sama2 ya.

Twin Leaf Lace Cloth
Tutorial ringkas: http://youtu.be/YBp_xDEbizU

Twin Leaf Lace Cloth
© Designed by S.M. Kahn, October 2006
Smariek Knits -=<>=- http://smariek.blogspot.com

Please look at the Notes at the end of the pattern before starting.
Using WW cotton yarn and US7 (4.5mm) needles, cast on 32 stitches.

Knit 4 rows border.
Row 1 : B3, K2, P10, K2, P10, K2, B3
Row 2 : B3, P2, K6, /2, YO, K1, YO, P2, YO, K1, YO, 2\, K6, P2, B3
Row 3 : B3, K2, P10, K2, P10, K2, B3
Row 4 : B3, P2, K4, /2, K1, YO, K1, YO, K1, P2, K1, YO, K1, YO, K1, 2\, K4, P2, B3
Row 5 : B3, K2, P10, K2, P10, K2, B3
Row 6 : B3, P2, K2, /2, K2, YO, K1, YO, K2, P2, K2, YO, K1, YO, K2, 2\, K2, P2, B3
Row 7 : B3, K2, P10, K2, P10, K2, B3
Row 8 : B3, P2, /2, K3, YO, K1, YO, K3, P2, K3, YO, K1, YO, K3, 2\, P2, B3

Repeat Rows 1 through 8 three more times.

Work one more row : B3, K2, P10, K2, P10, K2, B3
Knit 4 rows border.
Bind off and weave in ends.

Notes:

B3 = 3 stitch side border of your choice (I used K3 for my border in both cloths above)

SSK = slip one stitch, slip another stitch, knit these two slipped stitches together

/2 = Right slanting (double) decrease as follows: SSK, then slip the NEXT stitch over the stitch just made by moving stitches from needle to needle. —– Viz. Slip 1 stitch. Slip another stitch. Knit these 2 (slipped) stitches together. Move this resulting stitch to the left needle. Now use the right needle to pass the NEXT stitch over it (the stitch you just moved to the left needle). Now slip the stitch back to the right needle. —– See below for further clarification & walk through if this still does not make sense.

2\ = Left slanting (double) decrease as follows: Slip 1 stitch, knit 2 stitches together, pass slipped stitch over. (This is exactly the same as the SK2TP notation I have used in my other patterns)

MORE at: http://smariek.blogspot.com/2006/11/twin-leaf-lace-cloth.html

With love,
Er EROGLU
www.senimengait.com // www.daknit.com  // www.aheys.com

Tutorial Knitting: Purl (p)

Nama mata kaitan: Purl

Simbol: P

Sila klik pada gambar untuk IMEJ yang lebih jelas.

DSCF4608

1. Untuk membuat Purl, tali benang yang bersambung pada bola benang hendaklah berada di atas jarum kanan seperti gambar di atas. Masukkan jarum kanan ke dalam lubang stitch sehingga membentuk palang X dari hadapan ke atas. Di mana, jarum kanan kini berada di atas jarum kiri.

DSCF4609

3. Kemudian, lilitkan benang mengikut putaran lawan arah jam pada jarum kanan seoerti di gambar atas.

DSCF4610DSCF4611

4. Setelah itu, keluarkan semula jarum kanan yg telah dililit benang tadi dari lubang stitch yang sama. Tali benang yg tertarik di jarum kiri dijatuhkan keluar. Kini anda telah berjaya memindahkan stitch ke jarum kanan. Teruskan langkah 1 hingga 4 untuk membuat p

DSCF4613

UPDATED VIDEO VERSION:

Tutorial Knitting: Knit (k)

Nama mata kaitan: Knit

Simbol: K

Klik pada gambar untuk IMEJ yang lebih jelas.

DSCF4614DSCF4615

1. Untuk membuat bahagian Knit (english style), tali benang hendaklah posisinya berada di belakang jarum kanan seperti di gambar. Masukkan jarum kanan ke dalam lubang stitch seterusnya dari hadapan sehingga membentuk X, di mana jarum kanan berada di bawah dan kiri di atas.

DSCF4616

2. Kemudian, lilit benang mengikut putaran lawan arah jam pada jarum kanan.

DSCF4618 DSCF4619

DSCF4620

3. Keluarkan semula jarum kanan yang telah dililit tadi dari lubang yang sama. Benang yang tertarik di sebelah kiri dijatuhkan keluar dari jarum kiri dan anda telah berjaya memindahkan stitch pada jarum kanan. Teruskan langkah 1 hingga 3 untuk membuat knit.

UPDATED VIDEO VERSION:

Tutorial Knitting: Slip Knot

Assalamualaikum semua,

Di dalam seni kait 2 ini, terdapat 4 asas kaitan yang sangat mudah untuk dipelajari. Biasanya, apabila anda telah berjaya mempelajari keempat-empat asas kaitan ini, maka dengan itu anda telah berjaya untuk memulakan satu jenis projek yang mudah dengan menggunakan keempat asas ini.

  • Asas pertama dikenali sebagai Cast On (CO) (maaf ya.. dalam bahasa melayu saya memang tak tau.. bagi saya, istilah di dalam bahasa Inggeris lebih mudah untuk difahami kerana singkat dan ringkas )
  • Asas yang kedua dikenali sebagai Knit (K)
  • Asas yang ketiga dikenali sebagai Purl (P)
  • Asas yang keempat dikenali sebagai Cast Off atau Binding Off (CO/BO)

Sebelum memulakan Cast On, anda perlulah menghasilkan satu Slip Knot. Bagaimana hendak menghasilkan Slip Knot? Gambarajah di bawah akan membantu anda untuk memahami lebih baik bagaimana hendak membuat Slip Knot.


Gambar 1: Permulaan, anda haruslah membuat satu loop. Loop adalah istilah bagi bulatan yang anda lihat di atas gambar. – ah.. yang itu kita panggil dia sebagai “Loop” –


Gambar 2: Setelah anda menghasilkan satu loop, ambil jarum kait anda, tarik benang masuk ke dalam loop tersebut menggunakan jarum tersebut seperti gambar di atas.


Gambar 3: Setelah itu, tarik kedua benang pada bahagian bawah untuk mengetatkan loop tadi sehingga ianya menjadi seperti gambar di atas. Maka, apabila anda telah berjaya membuat bahagian ini, anda telah menghasilkan satu stitch! tada!

Bagaimana? Senangkan?

Di harap, tutorial ini dapat membantu anda semua dalam memulakan langkah pertama mengait kait 2 🙂

Semoga berjumpa lagi!