Tips memulakan belajar mengait baju!

Photo Credit: www.handmadematters.co

Kawan-kawan semua.. pernah tak terfikir nak belajar dan up level ke pattern yang lebih mencabar seperti mengait baju? Kalau ya.. teruskan membaca  😀

Da’Knit ingin berkongsi TIPS untuk menepis rasa gerun mencuba pattern mencabar. Banyak yang da’knit perhatikan kebiasaan ayat yang selalu diluahkan ialah:

1. Rasa susah.. tak berani nak cuba lagi…
2. Bilalah nak start belajar buat baju ni..
3. Susahnya baca instruction english..belit2 ayat dia..
4. Tak faham tengok diagram dan simbol..pening!

dan lain-lain luahan..

**
Da’Knit percaya setiap peminat dan penggemar mengait lebih-lebih lagi yang baru mula punya semangat yang tinggi utk belajar benda yang baru, so.. jum ambil peluang menggunakan semangat yang ada itu utk cabar diri anda mencuba pattern yang lebih umm! xD

::?

Tips:
1. Pastikan anda memahami benar-benar setiap abbreviations/istilah yang dinyatakan di dalam pattern sama ada knitting ataupun crochet. Contoh-contoh istilah/abbreviations adalah seperti Sc (single crochet), K (knit) etc…

2. Jangan segan-segan untuk bertanya kepada yang lebih arif untuk membantu, ataupun jikalau anda “confuse” dengan ayat yang ditulis, jangan lupa untuk rujuk kamus English. Sangat membantu! Ataupun jikalau anda jenis yang kurang bertanya.. rajin-rajin search kat google, ada ramai yang bertanyakan masalah yang hampir sama ketika mengait baju!

3. Simbol Jepun sangat mudah difahami jika anda hafal setiap simbol dan maksudnya. Setiap simbol itu ada cara kaitannya sendiri. Contohnya untuk SC (single crochet) simbol Jepun ialah ” x “. Jadi sebenarnya, menghafal dan memahami istilah+simbol amat membantu!

4. Ramai yang suka mulakan pattern baju dengan pattern yang banyak bunga. NOP! Jangan dulu 🙂 Mulakan dengan pattern membuat baju yang banyak menggunakan SC (single crochet) ataupun DC (double crochet) untuk Jarum kait satu, manakala K (Knit) ataupun P (Purl) untuk jarum kait dua. Kerana menggunakan stitch yang asas untuk belajar kait baju membantu anda untuk memahami anatomi mengait baju dengan lebih baik.

5. Dan yang akhir! MULAKAN mengait BAJU BABY (0-3 months old) dahulu 😀 walaupun anda belum mempunyai baby yang comel (^-^) anda masih boleh belajar mengait baju menggunakan pattern baju baby. Ianya sangat membantu untuk anda memahami cara-cara asas mengait baju.

Ok.. apa kata, kita cuba dengan pattern mudah seperti ini:
http://bellabambinaknits.blogspot.com/2008/03/cardigan-for-babies.html (klik link untuk pattern) asasnya sangat mudah iaitu hanya melibatkan:
Ch: chain
DC: double crochet
SC: single crochet
St: stitch

SILA PASTIKAN ANDA MEMBACA ARAHAN PATTERN TERLEBIH DAHULU BAGI MENDAPATKAN – SAIZ – YANG ANDA INGINKAN.

Mari ambil jarum dan benang anda dan mulakan percubaan pertama ini! 😀 Selamat ber-crochet!

 

Related Post

11 Replies to “Tips memulakan belajar mengait baju!”

  1. AsSalam Ery,

    Note pembakar semangat ni, selamat belajar buat baju, mula2 memang susah bila dah pandai kita boleh olah pattern tu ikut saiz dan kesesuaian kita yg penting sabar ya adik2.

    1. waalaikumsalam kak Sary 🙂
      Terima kasih kak.. insyaAllah harap nota ni membantu sapa2 yang mau mula blajar kait baju.. ah ha saya pun dulu susah jg nak start tp bila dah cuba.. alhamdulillah.. dipermudahkan 🙂 Yup yup.. sabar tu sanggaatttlah penting! cayo kak Sary 😀 Thank you for sharing your thoughts here @->-

  2. terima kasih pattern nie..saya nak cuba..ery ada tak pattern hat /beanie yg senang2..saya ada jumpa yg DC tp kecik sgt..mcmn nak besarkan yek lilit dia..

  3. salam , terima kasih untuk blog yg best nie…
    tapi saya xdapat open la link yang awak bagi tue.. try klik2.. pegi ke web2 lain.. hehe xjumpa yg sepatut dgnnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.